Saturday, January 14, 2012

Jodoh

Haha. Maaf. Aku lupa pasal post ini.

Tak sampai sebulan aku berumur 25, sudah beberapa orang sudah bising di telinga aku.
"Tak caye ko dah 26 gee!"
"Cik skg umur bpe? ooh! 26?"

Bagi aku pada umur 26 jika masih single anda patut switch on kan butang panik anda. Oh tape. aku ada 11 bulan lagi. nanti2 lah aku panik. hehe.

Aku perasan something lately, aku rasa hati aku sudah jadi cold. icecold. Masalahnya.. hati aku adalah sejenis air batu yg berada di antartika, bukan Malaysia. Kalau kat khatulistiwa xusah risau, pasti cair.. Tapi kalau ais ni dok kat kutub utara? hurmm..

Mungkin aku belum berjumpa dengan si masa depan. Dulu aku pernah juga suka seseorang.  tapi sebab tiada jodoh, tahun lepas aku putuskan segala2nya selepas 5 tahun. Aku cuma harap aku tak jumpa lagi mamat ni seumur hidup aku. Haha. Aku serius nih!

Jadi single pada umur 26, aku rasa lebih tenang kot daripada tahun lepas. Mungkin aku yakin Allah telah tetapkan jodoh aku. Aku hanya perlu berdoa diberi jodoh yang terbaik, amin. Sekarang ni, aku ada tabiat suka berkenalan dengan strangers. Tak kiralah di tasik ke, dalam tren ke, masa interview ke. Mungkin kedengaran bahaya, tapi aku suka berborak dengan mereka, berkongsi kisah hidup masing2 dan berharap agar dipertemukan lagi jika ada jodoh. Mungkin juga dari situ aku dapat menjejaki si masa depan. hehe. entahlah.

Apa2 pun.. mari kita berdoa agar dilimpahkan rezeki, diberi iman yang benar dan ilmu yg bermanfaat, dibersihkan hati dan diberi kejayaan yang besar tahun 2012 ini. InsyaAllah.. amin..

p/s:20.12.2012 tarikh kahwin aku dah dekat. mana nak cari calon nih? :P