Wednesday, February 8, 2012

Pinjam Buku

Di IRC
Me: Nak renew buku
Staff Muda: ID ?
Me: Em.. (Rolling eyes)
Staff Muda: Gee...
Me: Eh. Ye..? saye.. 
Staff Muda: ID number.. G ape?
Me:Oh. ID! Ha Ha Ha. jap2..G01***  

Tuesday, February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul


"Alam Damai".. beritahu ku pada pemandu teksi.

Aku bersandar lemah dibelakang seat. Beg yang aku pikul aku letakkan ditepi. 

Cuti 4 hari.. sigh! 

Tiba2 aku teringat kata2 emakku.
"Yah xyah balik rumah lah. siapkan dulu master tu.Mak da serabut tgk ulang alik camni" ..
Ntah mana la aku nak lari kalau tak balik rumah.. hurm..

Pagi tadi aku baru saja melihat kawanku mengangkut barang2 nya ke dalam kereta.
"Gee, aku da abis. All the best Gee!" Sambil menepuk belakang ku.. 
Hurm.. aku..? Bila lagi?

Aku teringat akan kad kahwin yang baru saja aku dapat tadi.

"Gee, jangan tak datang plak kenduri aku. Ko tu, jangan memilih sgt!".. kad kahwinnya aku genggam lemah.
Aku memilih ke? hurm..

Ni xmasuk lagi masalah duet yg xpernah cukup tuu. Masalah ngn sv lagi.. masalah masa depan yang masih kelabu asap lagi..
.
Apala nasibku .. Jom mengeluh Fauziah!

.
.
.

"Dari mana?".. tanya pemandu teksi.
"Dari Perak pacik"..
"Oh. belajar lagi?".. tanya pemandu teksi.
"Aah.."..

Tibe2 azan berkumandang di radio.. Suasana kembali senyap..

"Orang kata kalau kita doa antara azan dan iqamah, doa tu akan dimakbulkan.." kata pemandu teksi.
aku perbetulkan seat aku. Tertarik dengan kata2 pemandu teksi.
"Oo.. maknanya kalau nak berdoa, kena doa dalam hati ke pacik?"
"Boleh juga camtu. Rasanya ada lagi 10 waktu2 doa mustajab. Masa lailatul qadar, masa lepas solat, masa puasa.." kata pemandu teksi itu
"Time hujan,time sujud..masa kita sakit pun ye kan pacik?"..
"Betul.. Nabi Muhammad saw dulu, kalau dilanda masalah, dia akan terus solat sunat dan berdoa. Kalau dapat bangun solat tgh malam lagi bagus.." kata pemandu teksi.
Teringat akan masalah2 aku..
"Kalau doa kita tak dimakbulkan?"
"Pacik selalu doa dimurahkan rezeki untuk isteri anak2 pacik. Alhamdulillah.. Cukup makan minum. Kalau kita nak doa kita dimakbulkan, kena la kita ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. Tapi jangan berhenti berdoa.. Allah tu Maha Mendengar .." kata pemandu teksi.
Belum sempat pakcik tu menghabiskan kata2nya, teksi telah pun sampai di hadapan gate rumah aku.

Aku hulurkan beberapa keping wang kepada pacik itu.

"Terima kasih .."kata pemandu teksi
"Terima kasih juga pacik".. kataku sambil tersenyum

Terima kasih...
 


Saturday, January 14, 2012

Jodoh

Haha. Maaf. Aku lupa pasal post ini.

Tak sampai sebulan aku berumur 25, sudah beberapa orang sudah bising di telinga aku.
"Tak caye ko dah 26 gee!"
"Cik skg umur bpe? ooh! 26?"

Bagi aku pada umur 26 jika masih single anda patut switch on kan butang panik anda. Oh tape. aku ada 11 bulan lagi. nanti2 lah aku panik. hehe.

Aku perasan something lately, aku rasa hati aku sudah jadi cold. icecold. Masalahnya.. hati aku adalah sejenis air batu yg berada di antartika, bukan Malaysia. Kalau kat khatulistiwa xusah risau, pasti cair.. Tapi kalau ais ni dok kat kutub utara? hurmm..

Mungkin aku belum berjumpa dengan si masa depan. Dulu aku pernah juga suka seseorang.  tapi sebab tiada jodoh, tahun lepas aku putuskan segala2nya selepas 5 tahun. Aku cuma harap aku tak jumpa lagi mamat ni seumur hidup aku. Haha. Aku serius nih!

Jadi single pada umur 26, aku rasa lebih tenang kot daripada tahun lepas. Mungkin aku yakin Allah telah tetapkan jodoh aku. Aku hanya perlu berdoa diberi jodoh yang terbaik, amin. Sekarang ni, aku ada tabiat suka berkenalan dengan strangers. Tak kiralah di tasik ke, dalam tren ke, masa interview ke. Mungkin kedengaran bahaya, tapi aku suka berborak dengan mereka, berkongsi kisah hidup masing2 dan berharap agar dipertemukan lagi jika ada jodoh. Mungkin juga dari situ aku dapat menjejaki si masa depan. hehe. entahlah.

Apa2 pun.. mari kita berdoa agar dilimpahkan rezeki, diberi iman yang benar dan ilmu yg bermanfaat, dibersihkan hati dan diberi kejayaan yang besar tahun 2012 ini. InsyaAllah.. amin..

p/s:20.12.2012 tarikh kahwin aku dah dekat. mana nak cari calon nih? :P








Monday, December 26, 2011

Contengan Jalanan part 1

Aku boleh dikategorikan sebagai procrastinater. orang yang suka buat kerja last-minute.
Semalam, tiket tren aku ke Batu Gajah pukul 9pm. Aku naik ERL dari Tasek Selatan pukul 8.47pm. Sampai KL Sentral pukul 8.56pm. berlari sungguh2 macam masuk marathon dalam KL Sentral, panjat tangga terjun tangga akhirnya aku masuk dalam tren pukul 8.59pm. dan tren pon bergerak tepat 9pm. GILA!

Nak tercabut usus perut aku. Abis cramp kaki aku. Tape, janji sampai tepat pada waktu nya.

Degupan jantung aku yang deras dan masih belum lagi ke paras normal buat aku sukar melelapkan mata. Aku keluarkan buku novel ke-3 aku tahun ni.. "Contengan Jalanan"-Hlovate-

bersambung..



Sunday, December 18, 2011

Black Sheep

Aritu aku dapat teguran,

Tegur yg aku mungkin xbanyak berdoa, main-main, xbersungguh2, xsolat dhuha, xbanyak baca quran dan lain2.. Seperti mencari sebab kenapa hidup aku tak segemilang orang lain.

Aku mengeluh. Tarik nafas..Lepas tu menangis..

Kalau zaman kanak2 aku, dah pasti mulut aku lantang bersuara! cuba menegakkan kebenaran.

Sekarang, aku hanya mendiamkan diri. 

aku cuba telan setiap kata2 tu. Aku cuba menjadi orang yang lebih baik.Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi membetulkan dan menegur tingkah laku aku. 

Cuma aku sedih. No matter how hard i tried, I still a black sheep. i think. 

Tuesday, December 13, 2011

Teaser

Sebagai penutup kepada 2011, aku nak cite something pasal jodoh.. jeng2. tajuk best ni. stay tuned! nanti kan kemunculan nya! :)

Friday, December 9, 2011

Masih ada yang sayang

Hari selasa lepas, aku menonton cerita How I Met Your Mother. cerita ni aku dah follow sejak dari season 1 lagi. Kadang2 ada juga kaitan dengan life aku buat aku setia mengikuti cerita ni.

Episod kali mengenai Robin yg panik apabila dikatakan mengandung akan tetapi tidak setelah disahkan oleh doktor. Malang menimpanya apabila doktor mengesahkan dia tidak mungkin dapat mengandung dan menjadi ibu buat selama2 nya.. Scene Robin bercerita dengan dua anaknya adalah imaginasi semata2. Hati perempuan ku terusik. Sedih!

Tapi buat aku lagi tersentuh, kehadiran Ted yang setia menemani Robin dan cuba mengubati kesedihan nya.
Walaupun Robin enggan memberitahu kesedihan yang menimpa dirinya.

"A best frend is someone who loves you when you forget to love yourself'"
Tiba2 aku rindu akan kawan2 ku. Kawan yang setia membuat aku tersenyum disaat hati ini berduka. Duduk disebelahku. Baring melihat langit bersama ku.. tanpa sebarang kata. Aku sangat menghargai saat2 itu. Mungkin kadang2 tiada kata yang dapat mengubati kesedihan itu..Dengan kehadiran kawan, teman.. itu sudah cukup..

Cukup untuk buat kita sedar, kita bukan keseorangan di dunia ini.
Cukup untuk buat kita menghargai orang2 di sekeliling kita.
Cukup buat kita sedar.. Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak pernah melupakan kita.. Dia tidak akan membiarkan kesedihan itu perpanjangan .. jika kita sentiasa mengingatiNya..