Saturday, January 26, 2013

Untung jadi Perempuan

Suatu pagi yang tenang..

Hanya aku dan technician dalam bilik.

Aku mula memandang prototaip yang baru siap di pasang..

"Macam salah ni.." kataku. 

Technician tu mula merampas prototaip sebelum sempat aku menerangkan apa2..

"Part ni salah. kena bukak n pasang balik dengan yg baru..", aku cuba menjelaskan perkara sebenar.

Muka technician tu dah berubah.

".. Before tu assembly, kena check dulu matching, flatness.. bla bla bla..", sambungku lagi.

Technician tu tiba2 menghempas barang.. GULP!

aku tarik nafas panjang2... dalam hati. apa tengah fikir ayat apa yg terbaik nak kasi lembut hati technician ni..

Tiba2 aku nampak muka budak intern yang senyum dengan memberi isyarat padan muka.
Geram bukan kepalang aku pula buat isyarat marah2 dengan tangan ingin menumbuk dan mencekik budak itu.. Dan bermula lah adegan drama tumbuk menumbuk angin tanpa suara.

semua nya berlaku tanpa disedari oleh technician yg sedang sibuk membaiki prototaip tu.

"Aii. Diam ja pojiah.. marah ke?".. kata technician itu..

"Eh, takla.. sorry ye bang. Projek ni urgent n penting. Kena buat betul2. ".. kata ku dengan lembut.

"Okay, belanja saya McD! "

Fuh. patut la orang kata, untung jadi perempuan. hehe.untung xkena marah :)




Friday, January 11, 2013

Pada hari aku nak belajar curik tulang..

Arini ofis lengang. Yang ada cuma bos2 sahaja.. bos aku mana? huwaaa..

Busan nya.. Kerja da siap.

Niat nak turun lab. tapi tade kerja la plak kat lab tu.. Jalan2 jelaa..

Jalan. Jalan. Jalan..

Pintu lif terbukaa.. Wah!! ramai nya makhluk.. hurm. nak buat ape ni turun lab?



Jalan. Jalan. Jalan..



"HAH! nak jumpa sape? " sergah technician..
"Eh, tade2.. haaa.. nak jumpa dia.." sambil tunjuk kat engineer muda ni..



"U want to see me right? after office hour kay!".. kata engineer gatal..
"He he he.. no lah.. .bye!", sambil aku menyelit2 kat tepi mesin..


Lari.. Lari.. Lari..


"Hey,hey u buat ape ni?" aku tego engineer muda dgn awkwardnya..

"HAH!! ko curik tulang ea pojiah! Bos ko ada kat sebelah je ni! " jerit technician sebaya..
"Eh.. mana ada. ade kerja la. ok bye! "... cabut fauziah cabut!

Fuh.. dah terlepas beberapa orang.. Tiba2 terserempak ngan ketua technician.. Gulp. muka garang.


"Hmm.." kata ketua technician sambil pandang aku..
"Em2.."  sambil pk nak pura2 cakap ape..

"Ha! kamu mari sini.. Saya tak reti la nak sort excel ni by color.." sambil tangan dia tunjuk kat PC.
"Laaa.. Senang je tu.. ".. muka lega at least ada kerja tak payah pura2..


Pusing belakang tgk ramai engineer technician borak2.. and Semua LELAKI. argh!






Tuesday, January 8, 2013

Nak habiskan duet bonus

Susah nak buat decision.

Nak beli something tapi budget cukup2 untuk satu barang je.

- Mesin Jahit
- Smartphone
- Ipad / Tab
- Tinted Kereta
- Camera

Mana satu pilihan kalbu? rasa macam tanak beli ape2 pon ade. huhu

Wednesday, January 2, 2013

2013

2013 sudah..

aku fikir.. cepat nya masa berlalu. tahun 2012 macam xbuat apa2 je.

1) Aku dapat kerja sebagai jurutera R&D.
2) Aku pergi Umrah
3) Aku dah hafal al-mathurat
3) Kembar aku bertunang.
4) Ayah aku kerja d Sudan
5) Aku berpindah ke department baru
6) Aku jual kereta.
7) Aku beli kereta sendiri
8) Aku pergi Singapura.
9) Aku dapat bonus.

List di atas adalah perkara2 yg pertama kali buat/dapat/terjadi dalam hidup aku. Tak sangka banyak juga. Alhamdulillah.. ada pahit manis nya. Terima kasih Ya Allah. Engkau berikan aku kekuatan untuk melalui dan merasai ke semua di atas.

Semoga tahun 2013 ini aku bertemu jodoh. InsyaAllah-jika di izin Allah.

Saturday, May 12, 2012

Pre-Umrah

Hari ni aku lemah longlai..

Bila dapat combo sakit demam, sakit tekak dan selsema di hari minggu memang tidak awesome.

Panggilan untuk ke exam PTD di UM terpaksa dilupakan.

Kursus Umrah? kejap aku fikir..

Setelah siap mandi, aku turun ke dapur lalu makan cupcake dan trus menelan ubat yg ada..

Niat ingin sambung baring di atas katil dibatalkan pabila melihat mak sibuk di taman, memotong pokok bonsai nya yg telah mati..

"Pokok mati mak?"
"Daun je gugur. Batang dia elok lagi ni.." kata mak..

Aku terbaring di pondok..Langit biru.. Panas pagi semakin membahang. Sedapnyaaaa..

"Yah xjadi pergi exam la mak. erm.. kursus duduk je kan.. erm.. boleh la.." kataku lemah..

--------------------------------------------------------------
Di Tabung Haji,

Orang sibuk membeli dan menjual, aku duduk d tangga.. badan memang lemau habis.. tade mood nak membeli barang2 ke umrah..

Bila azan zohor kedengaran, masing2 ke surau untuk solat.
Aku? ehem..cuti

aku duduk dibangku, bersebelah dengan seorang macik.

"Makan nak.." kata macik cleaner itu sambil membuka tupperware nasi nya.
"Dah makan dah. Tadi pergi petronas derang bagi nasi lemak free. dalam beg ni ada lagi ni ha. hehe"

Pantang jumpa stranger, mulut ni mmg byk pulak menjawab..

"Pergi umrah bila?"
"2 minggu lagi"
"Alhamdulillah..".."Assalamualaikum.. kirim salam dekat Rasulullah ye.. macik tak dapat pergi.."
"Em. InsyaAllah. wassalam.."

Aku tersentap.. bukan semua orang dapat rezeki pergi ke sana.. aku pulak, lagi 2 minggu masih lagi samar2 apa itu umrah dan niat sebenar ke sana.. Astaghfirullah al azim..

Orang lain bila taw aku nak gi umrah sume senyum dan kirim doa. aku ni? doa2 pon tak cari lagi. hafal tu jauh sekali..


Ya Allah.. Engkau Buka lah pintu hati kami untuk menerima petunjuk dan rahmatMu.. Janganlah Engkau tutupkan dan gelapkan hati ni.. Dan tempatkan kami di kalangan orang2 yg beriman.. AMIN..









Sunday, April 22, 2012

Female engineer

"Sebulan kerja ape perasaan?"

Being the only female compressor engineer among 14 other guys engineer is not that awesome.
If they said, u need to this on your own, i will do it without any complain.. Even the compressor is 17kg.When im hungry, i have to follow them to canteen even i find it awkward. If there is demonstration for new testing n machine, i have to stand in front or else, u wont see anything.If they make joke, i just laugh n smile.

No more fauziah suka cakap kuat2 dan gosip je lebey. No more fauziah suka marah2 students dan lawan cakap sv. :(

Its hard to be myself at this new environment. It is even harder just to find some close friend here.. just to talk and chat and share stories..

Sedih kan. tapelah. sabar la dulu..

Ada la sorang ja engineer pompuan dari department lain. Kira tadelah sorang2 je pompuan. alhamdulillah..

But the best part is, i get special treatment lah dari mereka. hehe.. kadang2 je dapat. Setiap kali kena marah ngan bos, masing2 datang meja sedapkan hati aku padahal diri sendiri xrasa pape pun. huhu. Bila jadi junior ni, kita tanya soalan banyak2 pun tape. Bila minta tolong, tak pernah lagi kena reject. Alhamdulillah.. 

Semoga dipermudahkan urusan ku setiap hari di sana.. amin..

Tuesday, March 27, 2012

New phase of life

OK. Guess what?
hehe.. yes. at last i got a job. after 2 years of pengangguran. Kalau kamu2 xpernah menganggur selama itu sila shut up!. jangan bising2 ea cakap "Untungla jadi student.." "Untungla dapat enjoy"..  "Untungla ko xkeje"..

Enough said. Its okay.. Everyone has their own point of view.

I have no words to describe how thankful i am that except the word ALHAMDULILLAH.. :')

first i get to be closer to my family.. which is priceless..
second i get to be an engineer. one of my dream actually..
third i get to learn new things.. and it is related with my interest during undergrads.
forth i successfully get a JOB. after tons of efforts, failures, hopes, tears and giving up.. if you know how it feels..

At this moment, im not money oriented yet. maybe someday.. maybe.. But hopefully i will not change.. there will be no more thrill and excitement if you put money at the first place.. Just live happily the way you like..

I missed everything i did during my master study. Nothing can replace that..

I missed spending time with my Greatest Girl Friends ever.. hehe
I missed my moment in the train from Batu Gajah-KL-Batu Gajah
I missed driving alone at highway in the morning..
I missed spending time with students..
I missed my hate-love supervisor.. I miss him alot :'(
I missed my roomate.. Who listened to all my stories all the time
And lastly.. I missed UTP..

Nothing can replace that...







Wednesday, February 8, 2012

Pinjam Buku

Di IRC
Me: Nak renew buku
Staff Muda: ID ?
Me: Em.. (Rolling eyes)
Staff Muda: Gee...
Me: Eh. Ye..? saye.. 
Staff Muda: ID number.. G ape?
Me:Oh. ID! Ha Ha Ha. jap2..G01***  

Tuesday, February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul


"Alam Damai".. beritahu ku pada pemandu teksi.

Aku bersandar lemah dibelakang seat. Beg yang aku pikul aku letakkan ditepi. 

Cuti 4 hari.. sigh! 

Tiba2 aku teringat kata2 emakku.
"Yah xyah balik rumah lah. siapkan dulu master tu.Mak da serabut tgk ulang alik camni" ..
Ntah mana la aku nak lari kalau tak balik rumah.. hurm..

Pagi tadi aku baru saja melihat kawanku mengangkut barang2 nya ke dalam kereta.
"Gee, aku da abis. All the best Gee!" Sambil menepuk belakang ku.. 
Hurm.. aku..? Bila lagi?

Aku teringat akan kad kahwin yang baru saja aku dapat tadi.

"Gee, jangan tak datang plak kenduri aku. Ko tu, jangan memilih sgt!".. kad kahwinnya aku genggam lemah.
Aku memilih ke? hurm..

Ni xmasuk lagi masalah duet yg xpernah cukup tuu. Masalah ngn sv lagi.. masalah masa depan yang masih kelabu asap lagi..
.
Apala nasibku .. Jom mengeluh Fauziah!

.
.
.

"Dari mana?".. tanya pemandu teksi.
"Dari Perak pacik"..
"Oh. belajar lagi?".. tanya pemandu teksi.
"Aah.."..

Tibe2 azan berkumandang di radio.. Suasana kembali senyap..

"Orang kata kalau kita doa antara azan dan iqamah, doa tu akan dimakbulkan.." kata pemandu teksi.
aku perbetulkan seat aku. Tertarik dengan kata2 pemandu teksi.
"Oo.. maknanya kalau nak berdoa, kena doa dalam hati ke pacik?"
"Boleh juga camtu. Rasanya ada lagi 10 waktu2 doa mustajab. Masa lailatul qadar, masa lepas solat, masa puasa.." kata pemandu teksi itu
"Time hujan,time sujud..masa kita sakit pun ye kan pacik?"..
"Betul.. Nabi Muhammad saw dulu, kalau dilanda masalah, dia akan terus solat sunat dan berdoa. Kalau dapat bangun solat tgh malam lagi bagus.." kata pemandu teksi.
Teringat akan masalah2 aku..
"Kalau doa kita tak dimakbulkan?"
"Pacik selalu doa dimurahkan rezeki untuk isteri anak2 pacik. Alhamdulillah.. Cukup makan minum. Kalau kita nak doa kita dimakbulkan, kena la kita ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. Tapi jangan berhenti berdoa.. Allah tu Maha Mendengar .." kata pemandu teksi.
Belum sempat pakcik tu menghabiskan kata2nya, teksi telah pun sampai di hadapan gate rumah aku.

Aku hulurkan beberapa keping wang kepada pacik itu.

"Terima kasih .."kata pemandu teksi
"Terima kasih juga pacik".. kataku sambil tersenyum

Terima kasih...
 


Saturday, January 14, 2012

Jodoh

Haha. Maaf. Aku lupa pasal post ini.

Tak sampai sebulan aku berumur 25, sudah beberapa orang sudah bising di telinga aku.
"Tak caye ko dah 26 gee!"
"Cik skg umur bpe? ooh! 26?"

Bagi aku pada umur 26 jika masih single anda patut switch on kan butang panik anda. Oh tape. aku ada 11 bulan lagi. nanti2 lah aku panik. hehe.

Aku perasan something lately, aku rasa hati aku sudah jadi cold. icecold. Masalahnya.. hati aku adalah sejenis air batu yg berada di antartika, bukan Malaysia. Kalau kat khatulistiwa xusah risau, pasti cair.. Tapi kalau ais ni dok kat kutub utara? hurmm..

Mungkin aku belum berjumpa dengan si masa depan. Dulu aku pernah juga suka seseorang.  tapi sebab tiada jodoh, tahun lepas aku putuskan segala2nya selepas 5 tahun. Aku cuma harap aku tak jumpa lagi mamat ni seumur hidup aku. Haha. Aku serius nih!

Jadi single pada umur 26, aku rasa lebih tenang kot daripada tahun lepas. Mungkin aku yakin Allah telah tetapkan jodoh aku. Aku hanya perlu berdoa diberi jodoh yang terbaik, amin. Sekarang ni, aku ada tabiat suka berkenalan dengan strangers. Tak kiralah di tasik ke, dalam tren ke, masa interview ke. Mungkin kedengaran bahaya, tapi aku suka berborak dengan mereka, berkongsi kisah hidup masing2 dan berharap agar dipertemukan lagi jika ada jodoh. Mungkin juga dari situ aku dapat menjejaki si masa depan. hehe. entahlah.

Apa2 pun.. mari kita berdoa agar dilimpahkan rezeki, diberi iman yang benar dan ilmu yg bermanfaat, dibersihkan hati dan diberi kejayaan yang besar tahun 2012 ini. InsyaAllah.. amin..

p/s:20.12.2012 tarikh kahwin aku dah dekat. mana nak cari calon nih? :P








Monday, December 26, 2011

Contengan Jalanan part 1

Aku boleh dikategorikan sebagai procrastinater. orang yang suka buat kerja last-minute.
Semalam, tiket tren aku ke Batu Gajah pukul 9pm. Aku naik ERL dari Tasek Selatan pukul 8.47pm. Sampai KL Sentral pukul 8.56pm. berlari sungguh2 macam masuk marathon dalam KL Sentral, panjat tangga terjun tangga akhirnya aku masuk dalam tren pukul 8.59pm. dan tren pon bergerak tepat 9pm. GILA!

Nak tercabut usus perut aku. Abis cramp kaki aku. Tape, janji sampai tepat pada waktu nya.

Degupan jantung aku yang deras dan masih belum lagi ke paras normal buat aku sukar melelapkan mata. Aku keluarkan buku novel ke-3 aku tahun ni.. "Contengan Jalanan"-Hlovate-

bersambung..



Sunday, December 18, 2011

Black Sheep

Aritu aku dapat teguran,

Tegur yg aku mungkin xbanyak berdoa, main-main, xbersungguh2, xsolat dhuha, xbanyak baca quran dan lain2.. Seperti mencari sebab kenapa hidup aku tak segemilang orang lain.

Aku mengeluh. Tarik nafas..Lepas tu menangis..

Kalau zaman kanak2 aku, dah pasti mulut aku lantang bersuara! cuba menegakkan kebenaran.

Sekarang, aku hanya mendiamkan diri. 

aku cuba telan setiap kata2 tu. Aku cuba menjadi orang yang lebih baik.Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi membetulkan dan menegur tingkah laku aku. 

Cuma aku sedih. No matter how hard i tried, I still a black sheep. i think. 

Tuesday, December 13, 2011

Teaser

Sebagai penutup kepada 2011, aku nak cite something pasal jodoh.. jeng2. tajuk best ni. stay tuned! nanti kan kemunculan nya! :)

Friday, December 9, 2011

Masih ada yang sayang

Hari selasa lepas, aku menonton cerita How I Met Your Mother. cerita ni aku dah follow sejak dari season 1 lagi. Kadang2 ada juga kaitan dengan life aku buat aku setia mengikuti cerita ni.

Episod kali mengenai Robin yg panik apabila dikatakan mengandung akan tetapi tidak setelah disahkan oleh doktor. Malang menimpanya apabila doktor mengesahkan dia tidak mungkin dapat mengandung dan menjadi ibu buat selama2 nya.. Scene Robin bercerita dengan dua anaknya adalah imaginasi semata2. Hati perempuan ku terusik. Sedih!

Tapi buat aku lagi tersentuh, kehadiran Ted yang setia menemani Robin dan cuba mengubati kesedihan nya.
Walaupun Robin enggan memberitahu kesedihan yang menimpa dirinya.

"A best frend is someone who loves you when you forget to love yourself'"
Tiba2 aku rindu akan kawan2 ku. Kawan yang setia membuat aku tersenyum disaat hati ini berduka. Duduk disebelahku. Baring melihat langit bersama ku.. tanpa sebarang kata. Aku sangat menghargai saat2 itu. Mungkin kadang2 tiada kata yang dapat mengubati kesedihan itu..Dengan kehadiran kawan, teman.. itu sudah cukup..

Cukup untuk buat kita sedar, kita bukan keseorangan di dunia ini.
Cukup untuk buat kita menghargai orang2 di sekeliling kita.
Cukup buat kita sedar.. Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak pernah melupakan kita.. Dia tidak akan membiarkan kesedihan itu perpanjangan .. jika kita sentiasa mengingatiNya..


Sunday, December 4, 2011


Lupa nak cakap.

Happy Birthday to me. Happy Birthday to me. hehe

Last week hari jadi aku. not bad. dah 25 tahun aku hidup. syukur alhamdulillah.

Tahun ni lain sket. Aku dah lama menyepikan diri daripada kawan2 baik aku especially lelaki. Entah kenapa. Mungkin aku cuba untuk tidak terlibat dalam mana2 hidup orang lain. and aku boleh katakan hari jadi kali ni terasa sunyi sedikit. 

Malam tu, lepas aku balik dari dinner bersama femili, aku buka facebook account aku. Aku baca setiap wish yang aku dapat namun masih ada sesuatu yang tertinggal. hurm..

Tiba2 ada message tertera..

"Happy birthday gee.. "

Aku senyum.. hati aku pon turut tersenyum. 

Kawan lama.. Kawan yg sudah lama tidak mendengar berita.Kawan waktu aku bersedih. Kawan waktu aku memerlukan. Yes, he's my friend :)

Dia masih seperti dulu. selalu sangat mendengar daripada bercerita. 

And now he's getting married. aku tumpang gembira. Teringat zaman muda. Ia sudah berlalu. Tapi aku masih boleh tersenyum sampai ke telinga mengenangkannya.  

Aku rasa ini hadiah paling manis untuk aku tahun ini... Thanks for all the memories.

Saturday, December 3, 2011

Impian terkubur

Aku ada banyak impian sebenarnya.

Salah satu impian aku adalah ingin menceburkan diri dalam bidang automotive. ntah kenapa aku minat. aku bukannya pandai memandu kereta. Kalau sebut pasal kereta lagilah ! Xpaham!

Aku pernah teringin masuk dalam team CAE masa undergrad dulu tapi terkubur kerana tiada keyakinan dalam diri aku.

Aku pernah meminta utk bekerja di company pembuat kereta untuk internship dan selepas aku grad, namun.. aku sia2kan peluang itu.

Aku pasrah. mungkin kita tiada jodoh..

Satu hari, student aku bertanya pasal vibration,

"Kak, camne derang buat balancing utk kereta ye?"
"Kak, kete vibrate kuat sangat, ape main problem dia sebenarnye?"
"Kak, camne nak handle resonance ea utk machine"
"kak, bearing tu apa function dia?"

Nama je graduate in mechanical tapi sumpah aku xtaw jawapan2 utk itu.
Malam tu aku google. Kot2 ada student lain yg akan bertanyakan perkara yg sama.

Sekarang sudah 6 bulan aku menjaga machine dan lab utk subject vibration. Telinga aku pon sudah peka. Bila start machine, aku sudah tahu apa problem dia. bearing rosak, coupling crack. screw longgar. shaft ngn rotor xbalance..

Banyak yang aku belajar sejak jadi GA dua tahun ni.. Aku xpernah menyesal

Tuesday, November 22, 2011

Saya xkaya. sobs~

My family always talk about petronas and dot dot dot.. Well, I can't run away from that rite. So one fine day .. my mom talked bout how fortunate my sister is. Great salary, bonus, medical insurance and so on. And suddenly my mom stopped talking. She said..

"Kalau la yah dapat. Tapi tuhla. tade rezeki.."

And suddenly i felt down. Sedey tibe2. Bukan ape. im doing fine rite now. Bila orang start compare camtu rasa sedey plak. Its like sume orang pity kat i yang tade kerja yg tade boipren n tade duet byk ni. Like i choose to live like this.

I know my mom wants the best for my life.. it just.. i feel regret that she can't see what i've achieved so far. Well, maybe she can see that, but i can feel that she's worried bout my life. All mothers are like that rite?

I learnt alot in this 2 years, when i was at the bottom of my life. I passed through all depression, heartache, failure, and well.. heartbroken again.. and at this stage, while most of my friends doing well to earn money for their future, i learnt how to be a better person in the future.. i thought i will never change. But there you go.. i learnt it from the hard way.

Nak sambung cakap lagi tapi dah Azan subuh dah.

Last but not least,just a reminder to myself, be grateful and thankful to Allah of what u have. Only Allah knows what is the best for our life, isn't it? :)

p/s: since when i sensitip bab2 ni..? huhu.. sensitif sekejap je. sebab nnti ada je orang lain cakap benda yang sama. hehe. just chill sudey

Thursday, November 17, 2011

A Girl Who Can't Break Up. A Boy Who Can't Leave




Aku nak cerita sesuatu hari ni. Tentang seseorang.

about a girl who can't break up n about a boy who can't leave.
But there is no use talking bout this.
The boy who can't leave already found what he's looking for.
and the girl who can't break up has already left from his life and will never turning back.

That was the ending. The end.


Sunday, October 23, 2011

Misi dan Cita2

Pukul 12.50 pagi. Hari Isnin 24th Oktober 2011

aku belum tidur. mungkin perut masih penuh akibat late nite supper di mapley tadi.
Solat isyak juga belum terlaksana. sampai utp pukul 10.30 malam tadi terus ke mapley bersama osmets. Solat maghrib pon terbabas dalam tren tadi. biasa aku solat jamak di tengah jalan tapi hari ni malam yang gelap buat aku takut utk berhenti solat dimana2 masjid/ surau. lainkali aku perlu beli tiket awal sedikit tanpa perlu jamak.

lagi 7 bulan.. insyaAllah aku akan ke suatu tempat. Tapi dalam hati, sepanjang 7 bulan ni apalah yang akan berlaku. Aku perlu persiapkan diri. Harap2 aku akan dapat jumpa apa yang aku cari selama ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati amalan2 dan ibadah ku.

Dengan ini Aku mengisytiharkan cuti2 holiday terpaksa dibekukan sampailah aku confirm dapat abiskan master ku. InsyaAllah doakan aku ya rakan2. Jangan coba ajak aku ke langkawi jepun atau pon singapore. Jangan coba goda aku dengan pakej2 menarik. Izinkan aku berjaya dahulu. Kemudian kita boleh bincang lagi.

Sekian.

Friday, September 30, 2011

Satu hari menjadi emak

Jarang aku balik rumah hari khamis. Semalam aku balik awal. risau dengan kesihatan mak. Mak tidak dibenarkan bergerak pon oleh doctor. Jari kakinya patah dan penyakit diabetisnya merisaukan kami sekeluarga.

Pagi2 subuh aku bangun. aku turun menuju ke dapur. Nasi semalam masih ada. roti ada. sosej ada. Akhirnya nasi goreng kampung dan sosej roll menjadi hidangan di waktu pagi.

Sudah pukul 9 pagi. bibik sudah bersiap untuk ke klinik for medical checkup. So, tugas kedua aku. menjadi nanny. Tak susah nak jaga. tapi tak larat melayan bila budak kecik ni hyper active dan tak mahu tidur.. sabar jela. Bila aku cuba tidurkan baby faiz, aku pula yg mengantuk. haish.. akhirnya mak aku yang mengambil alih tugas itu.

Baby sudah tidur. emakku ingin berehat. Aku kembali bertugas. kini anak buah sudah pandai bangun merangkak dan memanjat. sangat bahaya jika tak dipantau ketika dia tidur. sambil jaga sambil itu aku melayan youtube bersama adik bongsu aku.

Bila bibik sudah kembali. aku bersiap2 untuk ke supermarket. membeli barang dapur. banyak juga yg perlu dibeli. kebiasaaan nya inilah tugas emakku selepas habis sekolah. Sesudah sampai di JJ, aku mula merayau mencari ikan ayam dan daging sayur. tak lupa buah untuk emakku. duit yang diberi sudah pasti tidak cukup. confirm!. aku terpaksa menghadkan jumlah nilai barang yg ingin dibeli. Sebelum balik, aku singgah di kedai makan membeli lauk utk tenghari.

Balik rumah trus aku tidur.. zz

Sudah pukul 6.30 ptg. kelihatan emakku kurang sihat. demam. Aku turun ke dapur menyiapkan makanan untuk malam pula. Aku masakkan meehun sup untuk emak. Selepas itu baru ku masak lauk untuk ahli2 keluarga yg lain. Bibik sibuk menjaga baby. kembar ku pula tiada. Cincang2 barang ok siap!

meehun sup, kacang panjang + daging masak kicap, ayam goreng, plus lauk2 tghari tadi.

aku mula naik ke atas membawa makanan untuk emak. ku kutip sisa2 cawan dan pinggan di atas meja dan turun semula ke dapur. Selepas makan, aku pastikan emak mengambil ubat2 yg perlu. Dan seperti biasa, aku menemankan emak menonton drama melayu sambil berceloteh.

Sekarang sudah pukul 12.30mlm. Aku kagum dgn kembarku. Inilah tugasnya setiap hari. kalau bukan semua, mungkin sebahagian daripadanya. Banyak pahala. ok. sekarang aku jeles. huhu