Wednesday, August 24, 2011

membebel

Sebelum menjadi tutor aka GA

A: belajar kat utp ke ?
B: aah. (smbil tunduk2 dan senyum tersipu2 malu)

Sekarang

A: belajar kat mana?
B: kat utp. akak ni sambung master (trus membahasakan diri akak). Dah tujuh taun da dik dok sana. 7 taun!.sigh~ umo tok sah tanye la. dah tua dah. Akhir taun ni patut abisla la. tapi xtaw la dek. Research ni payah bebenor. sigh... bla bla.. eh. umo adik ni bpe?
A: sy lahir tahun 86. muda lagi
B: (kecewa)....
A: akak cite la lagi..
B: (pang kasi pelempang)

makin tua makin banyak membebel. Fauziah sila jangan perasan tua dan sila jangan perasan semua orang adalah student.



Sunday, August 21, 2011

Kasut.. Ibarat Mencari Jodoh


Tiga hari aku mencari kasut. Aku rasa cari kasut ni macam cari jodoh la.

Hari Pertama
Aku sampai ke KL sentral. mula window shopping disana. Dalam hati ingin mencari kasut. Memang banyak yang ku cuba. Ada yang murah tetapi kurang lawa. Ada yang lawa tetapi kurang selesa. Ada yang selesa tetapi mahal harganya. Setelah mencuba beberapa kali, hati aku terpaut pada sepasang kasut berwarna cokolat. sungguh selesa, lembut dan melengkapi pakej2 yg aku cari. Tapi sayangnya harga agak mahal untuk kasut yang tiada jenama itu. Hati mula berbelah bagi. Sukar untuk melepaskan tapi akhirnya aku terpaksa berlalu pergi.
Dalam hati aku yakin jika ada rezeki lagi ahad ni aku akan membeli kasut itu.

Hari Kedua
Harini aku pergi ke Ampang Point. mata masih mencari kasut . Makin banyak kedai, makin banyak kasut yg ku cuba.. Tapi hati masih teringatkan kasut semalam. Dalam hati mintak2 la ada size lagi. mintak2 la tiada org yg membeli. Menyesal juga kenapa la berkira sangat dengan harga. Tidaklah mahal harga sangat sebenarnya.
Akhirnya aku balik dengan hati yang hampa lagi. Malam tu aku sudah tekad untuk singgah ke kedai semalam. Apa nak jadi, jadi la.

Hari Ketiga
Aku pergi ke JJ Cheras Selatan. Menemani kembar yg ingin mencari sandal. Aku mencuba2 kasut disana.. Sekadar mengisi masa yang ada. Tapi dalam hati aku sudah keriangan. Tidak sabar ingin ke KL sentral. Sebelum balik, kami singgah ke Watson. Tiba2 mata aku terpaut pada deretan kasut yang tersusun di hadapan kedai sebelah watson itu. Tangan aku pantas mencapai kasut hitam. Yes, this is exactly what I want. Harga pon lagi murah. And i bought that shoes on the spot.
I dont totally forget about the first shoes that i like. I still want to see that shoes. So I went to that shop. I found the exact shoes and i tried. Still warm and comfort. I put back the shoes at the rack and I smiled. I hope we meet again someday. and so, i walked away with my new black shoes with no regrets.

Masa semangat nak pakai kasut baru, mak pesan, pakai stokin.. sebab kasut baru selalu buat kaki melecet. Aku tak dengar cakap. excited la katakan. bila seharian pakai, kaki mula melecet. Rasa menyesal pon ada sbb beli kasut ni. tapi apakan daya. Tapi tiap2 hari aku pakai, lama2 da okay. da makin serasi orang kata.


What do you think? ada kaitan tak? :P

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan

Aku semakin kurang bercakap.
makin kurang bergurau.
Ada masa aku tidur.
Banyak masa aku mengadap Yang Esa.
Mengadap kitab yang diturunkan kepada umat
Memahami erti2 disebalik ayat2 suci.
Hanya Dia yang mampu memberi ketenangan dalam hatiku.
Hanya Dia yang bisa merawat luka di hati ini.
Hanya Dia.
Allah Yang Maha Mendengar.
Yang Maha Pengasih dan Penyayang

17 Ramadhan 1432


Tuesday, August 16, 2011

Hidup bujang

aku seperti sudah biasa hidup ala kadar. tak semewah orang lain. tak sesusah orang lain. janji ada rezeki untuk sesuap nasi. tapi bukan bermakna aku tak mampu ingin memberi.
Ingin sekali aku katakan , "wei, tape. aku belanja".. tapi rasa segan dengan mereka yang lebih mampu. apalah nilai duit rm5 aku berbanding rm50 mereka.
mereka senang2 membeli barang tanpa melihat kocek. aku pula otak giat mengira diskaun tolak tambah pros and cons akhirnya meletakkan barang kembali .. "tapelah. tengok2 je".
Gembira tak terkata bila ada duit 4angka dalam akaun. macam2 ingin dirancang. ingin dibeli. tapi akhirnya habis mengisi perut dan mengisi minyak dalam kereta.

Kelak. aku pasti merindui hidup begini.