Sunday, October 23, 2011

Misi dan Cita2

Pukul 12.50 pagi. Hari Isnin 24th Oktober 2011

aku belum tidur. mungkin perut masih penuh akibat late nite supper di mapley tadi.
Solat isyak juga belum terlaksana. sampai utp pukul 10.30 malam tadi terus ke mapley bersama osmets. Solat maghrib pon terbabas dalam tren tadi. biasa aku solat jamak di tengah jalan tapi hari ni malam yang gelap buat aku takut utk berhenti solat dimana2 masjid/ surau. lainkali aku perlu beli tiket awal sedikit tanpa perlu jamak.

lagi 7 bulan.. insyaAllah aku akan ke suatu tempat. Tapi dalam hati, sepanjang 7 bulan ni apalah yang akan berlaku. Aku perlu persiapkan diri. Harap2 aku akan dapat jumpa apa yang aku cari selama ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati amalan2 dan ibadah ku.

Dengan ini Aku mengisytiharkan cuti2 holiday terpaksa dibekukan sampailah aku confirm dapat abiskan master ku. InsyaAllah doakan aku ya rakan2. Jangan coba ajak aku ke langkawi jepun atau pon singapore. Jangan coba goda aku dengan pakej2 menarik. Izinkan aku berjaya dahulu. Kemudian kita boleh bincang lagi.

Sekian.