Friday, September 30, 2011

Satu hari menjadi emak

Jarang aku balik rumah hari khamis. Semalam aku balik awal. risau dengan kesihatan mak. Mak tidak dibenarkan bergerak pon oleh doctor. Jari kakinya patah dan penyakit diabetisnya merisaukan kami sekeluarga.

Pagi2 subuh aku bangun. aku turun menuju ke dapur. Nasi semalam masih ada. roti ada. sosej ada. Akhirnya nasi goreng kampung dan sosej roll menjadi hidangan di waktu pagi.

Sudah pukul 9 pagi. bibik sudah bersiap untuk ke klinik for medical checkup. So, tugas kedua aku. menjadi nanny. Tak susah nak jaga. tapi tak larat melayan bila budak kecik ni hyper active dan tak mahu tidur.. sabar jela. Bila aku cuba tidurkan baby faiz, aku pula yg mengantuk. haish.. akhirnya mak aku yang mengambil alih tugas itu.

Baby sudah tidur. emakku ingin berehat. Aku kembali bertugas. kini anak buah sudah pandai bangun merangkak dan memanjat. sangat bahaya jika tak dipantau ketika dia tidur. sambil jaga sambil itu aku melayan youtube bersama adik bongsu aku.

Bila bibik sudah kembali. aku bersiap2 untuk ke supermarket. membeli barang dapur. banyak juga yg perlu dibeli. kebiasaaan nya inilah tugas emakku selepas habis sekolah. Sesudah sampai di JJ, aku mula merayau mencari ikan ayam dan daging sayur. tak lupa buah untuk emakku. duit yang diberi sudah pasti tidak cukup. confirm!. aku terpaksa menghadkan jumlah nilai barang yg ingin dibeli. Sebelum balik, aku singgah di kedai makan membeli lauk utk tenghari.

Balik rumah trus aku tidur.. zz

Sudah pukul 6.30 ptg. kelihatan emakku kurang sihat. demam. Aku turun ke dapur menyiapkan makanan untuk malam pula. Aku masakkan meehun sup untuk emak. Selepas itu baru ku masak lauk untuk ahli2 keluarga yg lain. Bibik sibuk menjaga baby. kembar ku pula tiada. Cincang2 barang ok siap!

meehun sup, kacang panjang + daging masak kicap, ayam goreng, plus lauk2 tghari tadi.

aku mula naik ke atas membawa makanan untuk emak. ku kutip sisa2 cawan dan pinggan di atas meja dan turun semula ke dapur. Selepas makan, aku pastikan emak mengambil ubat2 yg perlu. Dan seperti biasa, aku menemankan emak menonton drama melayu sambil berceloteh.

Sekarang sudah pukul 12.30mlm. Aku kagum dgn kembarku. Inilah tugasnya setiap hari. kalau bukan semua, mungkin sebahagian daripadanya. Banyak pahala. ok. sekarang aku jeles. huhu

1 comment:

  1. congratz kak yah n kak jah...kipidap k...insyaAllah, besar nikmat ganjran drNya kelak...yakin n bersabarlah... keep on smiling k.. :)

    ReplyDelete