Wednesday, September 15, 2010

Raya Datang Lagi

Salam ,

Baru Lepas Raya. Mood raya terus hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Cheras,KL.
Raya hari tu, terasa la loser sedikit. yela orang lain buleh beri duit raya. kita plak dapat duit raya. rezeki ada lagi. Alhamdulillah.. tapi segan tu mmg tetap ada.

Raya kali ni. sedara mare d Sgor+KL+N9(geng2 blk kg kami) abis pakat tak balik kampung. so kami anak2 raja adli meluangkan masa bersama pada malam raya bersama tok+bibik+tokcik. Kakak tade, so saya selaku pemangku mengambil alih tugas2 kakak. Tahun ni kami buat soto!. first time dalam sejarah raya.. saya cuba memperkenalkan makanan baru di hari raya. Dan hasilnya licin satu periuk. satu sejarah juga tercipta. Saya cuba eksyen dgn akak saya, tapi ayat dia..

"eleh, ko buat sket mmg la licin. macam akak xtaw.."(ayat rekaan)

Hanya kakak saya sahaja yg memahami saya. Hahahaha.

setiap tetamu yg datang pasti Ayah mempromosikan soto saya. Mereka chef2 terhandal d Kelantan, ayat2 yg terkeluar drp derang sperti:

"Yah bubuh kunyit ke ni?.. sdapla. begedil ni ade bubuh rempah2 x?"
"Ni serai bubuh bpe batang...?"
"Ni soto singapore ke soto johor . ?
"Soto tu akak boh ape. sedapla.." tanye macik sy kpd mak sy..

Oh.. malunya saya bukan kepalang.. kalau ada guni sudah pasti saya sorok kan muka saya ..

Sebab, rahsia nya.. saya hanya membeli perencah segera di JJ cheras selatan. Mmg la sodap. aduh!
Moral of the story, sebelum memasak sila la hafal ingredient dibelakang pembungkus itu.Sebagai langkah berjaga2. ehehe

____________________________________________________________________________________________________________________________

Semakin hari semakin sayu saya menyambut hari raya.. tahun ni sedih sedikit.

Tahun ni sudah 3 taun atuk saya sakit. tiada lagi gelak ketawa. tiada lagi tangis. kerna skg dia hanya terbaring tanpa kata. Tiap2 malam kami sembahyang berjemaah berdekatan dgn katil nya.. membaca Yasin untuknya. agar dipermudahkan segalan urusan dgnNya. Dalam hati kami, xsanggup lagi melihatnya begitu.. tapi apakan daya. Mak saya kata;

"Tokcik nak kasi pahala buat kita. So kita kenela jaga dia, doakan dia.. "

ada logiknya.

tahun ini juga sedih, tahun kedua tanpa nenek sedara saya yg hanya tinggal d sebelah rumah kami. melihat anak bongsu nya beraya seorang diri membuatkan ati sy tersentuh. Family saya masih lengkap. Tapi esok lusa tahun hadapan siapala yang tahu.. hmm..

Tahun ini juga lagi sedih, macik saya sakit cancer. macik yg paling kami sayang sakit.. kerna itulah sume sedara pakat beraya d KL termasuk nenek saya untuk sama2 menemani macik sy.. esok lusa siapala yang tahu. kita hanya mampu berdoa..

Semasa kami abis membaca yasin, mak saya bertanya pd sy.. niat baca untuk siapa.. sy jawab:

"untuk sepupu saya yg meninggal akibat leukimia.. untuk tok ayah saya yang meninggal akibat cancer paru2.. untuk macik saya yang meninggal sbb sakit dalam perut.. untuk moyang saya. untuk tokcik sy yg sdg sakit.. untuk nenek sy yg semakin tua.. untuk mak n ayah saya .. untuk adik2 saya.. untuk siapa2 yg saya sayangi.. "

MOga Allah menempatkan mereka di kalangan orang2 beriman.. amin..


No comments:

Post a Comment