Wednesday, August 18, 2010

Rezeki di tangan Allah

bulan ni duit ku cukup2 makan je.
"Tau la ko kurus gee. makanla banyak sket.."
Bukan saving tapi sejak drive, duit makin susut. tambah2 kalau gadget2 elektronik rosak dan memerlukan bajet yang banyak.
"kakak, bayar la dulu duit kereta. yah xsempat bayar. duit nak abis.."
kata ku sambil membuat muke kesian.. nasib baik ada adik beradik yang memahami keadaan ku.

sebelum balik ke utp. sempat mak hulurkan duet.
"nak berapa? seratus cukup? "..
pantas sahaja aku mengambil duit rm 50.
"Duit minyak +tol 5o hengget cukup la mak.."
kata ku dengan harapan selebihnya diberikan pada pae.

Pasal duit ni dulu memang aku sensitif. penah satu hari pae bercerita pasal xcukup duit. tapi belum habis die berkata2, aku dah bercucuran air mata.. huhu. mungkin sebab aku pernah rasa apa yang adik ku rasa. moga ditabahkan hatinya.

Tapi aku tetap bersyukur. Duit yang aku dapat setiap bulan aku harap mendapat berkat dariNya. tak mengapa jika tidak mewah, janji tangan ku masih boleh memberi bukan meminta. InsyaAllah, doakan aku berjaya dunia akhirat.. amin





1 comment: