Monday, December 26, 2011

Contengan Jalanan part 1

Aku boleh dikategorikan sebagai procrastinater. orang yang suka buat kerja last-minute.
Semalam, tiket tren aku ke Batu Gajah pukul 9pm. Aku naik ERL dari Tasek Selatan pukul 8.47pm. Sampai KL Sentral pukul 8.56pm. berlari sungguh2 macam masuk marathon dalam KL Sentral, panjat tangga terjun tangga akhirnya aku masuk dalam tren pukul 8.59pm. dan tren pon bergerak tepat 9pm. GILA!

Nak tercabut usus perut aku. Abis cramp kaki aku. Tape, janji sampai tepat pada waktu nya.

Degupan jantung aku yang deras dan masih belum lagi ke paras normal buat aku sukar melelapkan mata. Aku keluarkan buku novel ke-3 aku tahun ni.. "Contengan Jalanan"-Hlovate-

bersambung..



Sunday, December 18, 2011

Black Sheep

Aritu aku dapat teguran,

Tegur yg aku mungkin xbanyak berdoa, main-main, xbersungguh2, xsolat dhuha, xbanyak baca quran dan lain2.. Seperti mencari sebab kenapa hidup aku tak segemilang orang lain.

Aku mengeluh. Tarik nafas..Lepas tu menangis..

Kalau zaman kanak2 aku, dah pasti mulut aku lantang bersuara! cuba menegakkan kebenaran.

Sekarang, aku hanya mendiamkan diri. 

aku cuba telan setiap kata2 tu. Aku cuba menjadi orang yang lebih baik.Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi membetulkan dan menegur tingkah laku aku. 

Cuma aku sedih. No matter how hard i tried, I still a black sheep. i think. 

Tuesday, December 13, 2011

Teaser

Sebagai penutup kepada 2011, aku nak cite something pasal jodoh.. jeng2. tajuk best ni. stay tuned! nanti kan kemunculan nya! :)

Friday, December 9, 2011

Masih ada yang sayang

Hari selasa lepas, aku menonton cerita How I Met Your Mother. cerita ni aku dah follow sejak dari season 1 lagi. Kadang2 ada juga kaitan dengan life aku buat aku setia mengikuti cerita ni.

Episod kali mengenai Robin yg panik apabila dikatakan mengandung akan tetapi tidak setelah disahkan oleh doktor. Malang menimpanya apabila doktor mengesahkan dia tidak mungkin dapat mengandung dan menjadi ibu buat selama2 nya.. Scene Robin bercerita dengan dua anaknya adalah imaginasi semata2. Hati perempuan ku terusik. Sedih!

Tapi buat aku lagi tersentuh, kehadiran Ted yang setia menemani Robin dan cuba mengubati kesedihan nya.
Walaupun Robin enggan memberitahu kesedihan yang menimpa dirinya.

"A best frend is someone who loves you when you forget to love yourself'"
Tiba2 aku rindu akan kawan2 ku. Kawan yang setia membuat aku tersenyum disaat hati ini berduka. Duduk disebelahku. Baring melihat langit bersama ku.. tanpa sebarang kata. Aku sangat menghargai saat2 itu. Mungkin kadang2 tiada kata yang dapat mengubati kesedihan itu..Dengan kehadiran kawan, teman.. itu sudah cukup..

Cukup untuk buat kita sedar, kita bukan keseorangan di dunia ini.
Cukup untuk buat kita menghargai orang2 di sekeliling kita.
Cukup buat kita sedar.. Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak pernah melupakan kita.. Dia tidak akan membiarkan kesedihan itu perpanjangan .. jika kita sentiasa mengingatiNya..


Sunday, December 4, 2011


Lupa nak cakap.

Happy Birthday to me. Happy Birthday to me. hehe

Last week hari jadi aku. not bad. dah 25 tahun aku hidup. syukur alhamdulillah.

Tahun ni lain sket. Aku dah lama menyepikan diri daripada kawan2 baik aku especially lelaki. Entah kenapa. Mungkin aku cuba untuk tidak terlibat dalam mana2 hidup orang lain. and aku boleh katakan hari jadi kali ni terasa sunyi sedikit. 

Malam tu, lepas aku balik dari dinner bersama femili, aku buka facebook account aku. Aku baca setiap wish yang aku dapat namun masih ada sesuatu yang tertinggal. hurm..

Tiba2 ada message tertera..

"Happy birthday gee.. "

Aku senyum.. hati aku pon turut tersenyum. 

Kawan lama.. Kawan yg sudah lama tidak mendengar berita.Kawan waktu aku bersedih. Kawan waktu aku memerlukan. Yes, he's my friend :)

Dia masih seperti dulu. selalu sangat mendengar daripada bercerita. 

And now he's getting married. aku tumpang gembira. Teringat zaman muda. Ia sudah berlalu. Tapi aku masih boleh tersenyum sampai ke telinga mengenangkannya.  

Aku rasa ini hadiah paling manis untuk aku tahun ini... Thanks for all the memories.

Saturday, December 3, 2011

Impian terkubur

Aku ada banyak impian sebenarnya.

Salah satu impian aku adalah ingin menceburkan diri dalam bidang automotive. ntah kenapa aku minat. aku bukannya pandai memandu kereta. Kalau sebut pasal kereta lagilah ! Xpaham!

Aku pernah teringin masuk dalam team CAE masa undergrad dulu tapi terkubur kerana tiada keyakinan dalam diri aku.

Aku pernah meminta utk bekerja di company pembuat kereta untuk internship dan selepas aku grad, namun.. aku sia2kan peluang itu.

Aku pasrah. mungkin kita tiada jodoh..

Satu hari, student aku bertanya pasal vibration,

"Kak, camne derang buat balancing utk kereta ye?"
"Kak, kete vibrate kuat sangat, ape main problem dia sebenarnye?"
"Kak, camne nak handle resonance ea utk machine"
"kak, bearing tu apa function dia?"

Nama je graduate in mechanical tapi sumpah aku xtaw jawapan2 utk itu.
Malam tu aku google. Kot2 ada student lain yg akan bertanyakan perkara yg sama.

Sekarang sudah 6 bulan aku menjaga machine dan lab utk subject vibration. Telinga aku pon sudah peka. Bila start machine, aku sudah tahu apa problem dia. bearing rosak, coupling crack. screw longgar. shaft ngn rotor xbalance..

Banyak yang aku belajar sejak jadi GA dua tahun ni.. Aku xpernah menyesal