Saturday, December 3, 2011

Impian terkubur

Aku ada banyak impian sebenarnya.

Salah satu impian aku adalah ingin menceburkan diri dalam bidang automotive. ntah kenapa aku minat. aku bukannya pandai memandu kereta. Kalau sebut pasal kereta lagilah ! Xpaham!

Aku pernah teringin masuk dalam team CAE masa undergrad dulu tapi terkubur kerana tiada keyakinan dalam diri aku.

Aku pernah meminta utk bekerja di company pembuat kereta untuk internship dan selepas aku grad, namun.. aku sia2kan peluang itu.

Aku pasrah. mungkin kita tiada jodoh..

Satu hari, student aku bertanya pasal vibration,

"Kak, camne derang buat balancing utk kereta ye?"
"Kak, kete vibrate kuat sangat, ape main problem dia sebenarnye?"
"Kak, camne nak handle resonance ea utk machine"
"kak, bearing tu apa function dia?"

Nama je graduate in mechanical tapi sumpah aku xtaw jawapan2 utk itu.
Malam tu aku google. Kot2 ada student lain yg akan bertanyakan perkara yg sama.

Sekarang sudah 6 bulan aku menjaga machine dan lab utk subject vibration. Telinga aku pon sudah peka. Bila start machine, aku sudah tahu apa problem dia. bearing rosak, coupling crack. screw longgar. shaft ngn rotor xbalance..

Banyak yang aku belajar sejak jadi GA dua tahun ni.. Aku xpernah menyesal

No comments:

Post a Comment