Saturday, January 26, 2013

Untung jadi Perempuan

Suatu pagi yang tenang..

Hanya aku dan technician dalam bilik.

Aku mula memandang prototaip yang baru siap di pasang..

"Macam salah ni.." kataku. 

Technician tu mula merampas prototaip sebelum sempat aku menerangkan apa2..

"Part ni salah. kena bukak n pasang balik dengan yg baru..", aku cuba menjelaskan perkara sebenar.

Muka technician tu dah berubah.

".. Before tu assembly, kena check dulu matching, flatness.. bla bla bla..", sambungku lagi.

Technician tu tiba2 menghempas barang.. GULP!

aku tarik nafas panjang2... dalam hati. apa tengah fikir ayat apa yg terbaik nak kasi lembut hati technician ni..

Tiba2 aku nampak muka budak intern yang senyum dengan memberi isyarat padan muka.
Geram bukan kepalang aku pula buat isyarat marah2 dengan tangan ingin menumbuk dan mencekik budak itu.. Dan bermula lah adegan drama tumbuk menumbuk angin tanpa suara.

semua nya berlaku tanpa disedari oleh technician yg sedang sibuk membaiki prototaip tu.

"Aii. Diam ja pojiah.. marah ke?".. kata technician itu..

"Eh, takla.. sorry ye bang. Projek ni urgent n penting. Kena buat betul2. ".. kata ku dengan lembut.

"Okay, belanja saya McD! "

Fuh. patut la orang kata, untung jadi perempuan. hehe.untung xkena marah :)




Friday, January 11, 2013

Pada hari aku nak belajar curik tulang..

Arini ofis lengang. Yang ada cuma bos2 sahaja.. bos aku mana? huwaaa..

Busan nya.. Kerja da siap.

Niat nak turun lab. tapi tade kerja la plak kat lab tu.. Jalan2 jelaa..

Jalan. Jalan. Jalan..

Pintu lif terbukaa.. Wah!! ramai nya makhluk.. hurm. nak buat ape ni turun lab?



Jalan. Jalan. Jalan..



"HAH! nak jumpa sape? " sergah technician..
"Eh, tade2.. haaa.. nak jumpa dia.." sambil tunjuk kat engineer muda ni..



"U want to see me right? after office hour kay!".. kata engineer gatal..
"He he he.. no lah.. .bye!", sambil aku menyelit2 kat tepi mesin..


Lari.. Lari.. Lari..


"Hey,hey u buat ape ni?" aku tego engineer muda dgn awkwardnya..

"HAH!! ko curik tulang ea pojiah! Bos ko ada kat sebelah je ni! " jerit technician sebaya..
"Eh.. mana ada. ade kerja la. ok bye! "... cabut fauziah cabut!

Fuh.. dah terlepas beberapa orang.. Tiba2 terserempak ngan ketua technician.. Gulp. muka garang.


"Hmm.." kata ketua technician sambil pandang aku..
"Em2.."  sambil pk nak pura2 cakap ape..

"Ha! kamu mari sini.. Saya tak reti la nak sort excel ni by color.." sambil tangan dia tunjuk kat PC.
"Laaa.. Senang je tu.. ".. muka lega at least ada kerja tak payah pura2..


Pusing belakang tgk ramai engineer technician borak2.. and Semua LELAKI. argh!






Tuesday, January 8, 2013

Nak habiskan duet bonus

Susah nak buat decision.

Nak beli something tapi budget cukup2 untuk satu barang je.

- Mesin Jahit
- Smartphone
- Ipad / Tab
- Tinted Kereta
- Camera

Mana satu pilihan kalbu? rasa macam tanak beli ape2 pon ade. huhu

Wednesday, January 2, 2013

2013

2013 sudah..

aku fikir.. cepat nya masa berlalu. tahun 2012 macam xbuat apa2 je.

1) Aku dapat kerja sebagai jurutera R&D.
2) Aku pergi Umrah
3) Aku dah hafal al-mathurat
3) Kembar aku bertunang.
4) Ayah aku kerja d Sudan
5) Aku berpindah ke department baru
6) Aku jual kereta.
7) Aku beli kereta sendiri
8) Aku pergi Singapura.
9) Aku dapat bonus.

List di atas adalah perkara2 yg pertama kali buat/dapat/terjadi dalam hidup aku. Tak sangka banyak juga. Alhamdulillah.. ada pahit manis nya. Terima kasih Ya Allah. Engkau berikan aku kekuatan untuk melalui dan merasai ke semua di atas.

Semoga tahun 2013 ini aku bertemu jodoh. InsyaAllah-jika di izin Allah.