Monday, December 26, 2011

Contengan Jalanan part 1

Aku boleh dikategorikan sebagai procrastinater. orang yang suka buat kerja last-minute.
Semalam, tiket tren aku ke Batu Gajah pukul 9pm. Aku naik ERL dari Tasek Selatan pukul 8.47pm. Sampai KL Sentral pukul 8.56pm. berlari sungguh2 macam masuk marathon dalam KL Sentral, panjat tangga terjun tangga akhirnya aku masuk dalam tren pukul 8.59pm. dan tren pon bergerak tepat 9pm. GILA!

Nak tercabut usus perut aku. Abis cramp kaki aku. Tape, janji sampai tepat pada waktu nya.

Degupan jantung aku yang deras dan masih belum lagi ke paras normal buat aku sukar melelapkan mata. Aku keluarkan buku novel ke-3 aku tahun ni.. "Contengan Jalanan"-Hlovate-

bersambung..



Sunday, December 18, 2011

Black Sheep

Aritu aku dapat teguran,

Tegur yg aku mungkin xbanyak berdoa, main-main, xbersungguh2, xsolat dhuha, xbanyak baca quran dan lain2.. Seperti mencari sebab kenapa hidup aku tak segemilang orang lain.

Aku mengeluh. Tarik nafas..Lepas tu menangis..

Kalau zaman kanak2 aku, dah pasti mulut aku lantang bersuara! cuba menegakkan kebenaran.

Sekarang, aku hanya mendiamkan diri. 

aku cuba telan setiap kata2 tu. Aku cuba menjadi orang yang lebih baik.Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi membetulkan dan menegur tingkah laku aku. 

Cuma aku sedih. No matter how hard i tried, I still a black sheep. i think. 

Tuesday, December 13, 2011

Teaser

Sebagai penutup kepada 2011, aku nak cite something pasal jodoh.. jeng2. tajuk best ni. stay tuned! nanti kan kemunculan nya! :)

Friday, December 9, 2011

Masih ada yang sayang

Hari selasa lepas, aku menonton cerita How I Met Your Mother. cerita ni aku dah follow sejak dari season 1 lagi. Kadang2 ada juga kaitan dengan life aku buat aku setia mengikuti cerita ni.

Episod kali mengenai Robin yg panik apabila dikatakan mengandung akan tetapi tidak setelah disahkan oleh doktor. Malang menimpanya apabila doktor mengesahkan dia tidak mungkin dapat mengandung dan menjadi ibu buat selama2 nya.. Scene Robin bercerita dengan dua anaknya adalah imaginasi semata2. Hati perempuan ku terusik. Sedih!

Tapi buat aku lagi tersentuh, kehadiran Ted yang setia menemani Robin dan cuba mengubati kesedihan nya.
Walaupun Robin enggan memberitahu kesedihan yang menimpa dirinya.

"A best frend is someone who loves you when you forget to love yourself'"
Tiba2 aku rindu akan kawan2 ku. Kawan yang setia membuat aku tersenyum disaat hati ini berduka. Duduk disebelahku. Baring melihat langit bersama ku.. tanpa sebarang kata. Aku sangat menghargai saat2 itu. Mungkin kadang2 tiada kata yang dapat mengubati kesedihan itu..Dengan kehadiran kawan, teman.. itu sudah cukup..

Cukup untuk buat kita sedar, kita bukan keseorangan di dunia ini.
Cukup untuk buat kita menghargai orang2 di sekeliling kita.
Cukup buat kita sedar.. Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak pernah melupakan kita.. Dia tidak akan membiarkan kesedihan itu perpanjangan .. jika kita sentiasa mengingatiNya..


Sunday, December 4, 2011


Lupa nak cakap.

Happy Birthday to me. Happy Birthday to me. hehe

Last week hari jadi aku. not bad. dah 25 tahun aku hidup. syukur alhamdulillah.

Tahun ni lain sket. Aku dah lama menyepikan diri daripada kawan2 baik aku especially lelaki. Entah kenapa. Mungkin aku cuba untuk tidak terlibat dalam mana2 hidup orang lain. and aku boleh katakan hari jadi kali ni terasa sunyi sedikit. 

Malam tu, lepas aku balik dari dinner bersama femili, aku buka facebook account aku. Aku baca setiap wish yang aku dapat namun masih ada sesuatu yang tertinggal. hurm..

Tiba2 ada message tertera..

"Happy birthday gee.. "

Aku senyum.. hati aku pon turut tersenyum. 

Kawan lama.. Kawan yg sudah lama tidak mendengar berita.Kawan waktu aku bersedih. Kawan waktu aku memerlukan. Yes, he's my friend :)

Dia masih seperti dulu. selalu sangat mendengar daripada bercerita. 

And now he's getting married. aku tumpang gembira. Teringat zaman muda. Ia sudah berlalu. Tapi aku masih boleh tersenyum sampai ke telinga mengenangkannya.  

Aku rasa ini hadiah paling manis untuk aku tahun ini... Thanks for all the memories.

Saturday, December 3, 2011

Impian terkubur

Aku ada banyak impian sebenarnya.

Salah satu impian aku adalah ingin menceburkan diri dalam bidang automotive. ntah kenapa aku minat. aku bukannya pandai memandu kereta. Kalau sebut pasal kereta lagilah ! Xpaham!

Aku pernah teringin masuk dalam team CAE masa undergrad dulu tapi terkubur kerana tiada keyakinan dalam diri aku.

Aku pernah meminta utk bekerja di company pembuat kereta untuk internship dan selepas aku grad, namun.. aku sia2kan peluang itu.

Aku pasrah. mungkin kita tiada jodoh..

Satu hari, student aku bertanya pasal vibration,

"Kak, camne derang buat balancing utk kereta ye?"
"Kak, kete vibrate kuat sangat, ape main problem dia sebenarnye?"
"Kak, camne nak handle resonance ea utk machine"
"kak, bearing tu apa function dia?"

Nama je graduate in mechanical tapi sumpah aku xtaw jawapan2 utk itu.
Malam tu aku google. Kot2 ada student lain yg akan bertanyakan perkara yg sama.

Sekarang sudah 6 bulan aku menjaga machine dan lab utk subject vibration. Telinga aku pon sudah peka. Bila start machine, aku sudah tahu apa problem dia. bearing rosak, coupling crack. screw longgar. shaft ngn rotor xbalance..

Banyak yang aku belajar sejak jadi GA dua tahun ni.. Aku xpernah menyesal

Tuesday, November 22, 2011

Saya xkaya. sobs~

My family always talk about petronas and dot dot dot.. Well, I can't run away from that rite. So one fine day .. my mom talked bout how fortunate my sister is. Great salary, bonus, medical insurance and so on. And suddenly my mom stopped talking. She said..

"Kalau la yah dapat. Tapi tuhla. tade rezeki.."

And suddenly i felt down. Sedey tibe2. Bukan ape. im doing fine rite now. Bila orang start compare camtu rasa sedey plak. Its like sume orang pity kat i yang tade kerja yg tade boipren n tade duet byk ni. Like i choose to live like this.

I know my mom wants the best for my life.. it just.. i feel regret that she can't see what i've achieved so far. Well, maybe she can see that, but i can feel that she's worried bout my life. All mothers are like that rite?

I learnt alot in this 2 years, when i was at the bottom of my life. I passed through all depression, heartache, failure, and well.. heartbroken again.. and at this stage, while most of my friends doing well to earn money for their future, i learnt how to be a better person in the future.. i thought i will never change. But there you go.. i learnt it from the hard way.

Nak sambung cakap lagi tapi dah Azan subuh dah.

Last but not least,just a reminder to myself, be grateful and thankful to Allah of what u have. Only Allah knows what is the best for our life, isn't it? :)

p/s: since when i sensitip bab2 ni..? huhu.. sensitif sekejap je. sebab nnti ada je orang lain cakap benda yang sama. hehe. just chill sudey

Thursday, November 17, 2011

A Girl Who Can't Break Up. A Boy Who Can't Leave




Aku nak cerita sesuatu hari ni. Tentang seseorang.

about a girl who can't break up n about a boy who can't leave.
But there is no use talking bout this.
The boy who can't leave already found what he's looking for.
and the girl who can't break up has already left from his life and will never turning back.

That was the ending. The end.


Sunday, October 23, 2011

Misi dan Cita2

Pukul 12.50 pagi. Hari Isnin 24th Oktober 2011

aku belum tidur. mungkin perut masih penuh akibat late nite supper di mapley tadi.
Solat isyak juga belum terlaksana. sampai utp pukul 10.30 malam tadi terus ke mapley bersama osmets. Solat maghrib pon terbabas dalam tren tadi. biasa aku solat jamak di tengah jalan tapi hari ni malam yang gelap buat aku takut utk berhenti solat dimana2 masjid/ surau. lainkali aku perlu beli tiket awal sedikit tanpa perlu jamak.

lagi 7 bulan.. insyaAllah aku akan ke suatu tempat. Tapi dalam hati, sepanjang 7 bulan ni apalah yang akan berlaku. Aku perlu persiapkan diri. Harap2 aku akan dapat jumpa apa yang aku cari selama ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati amalan2 dan ibadah ku.

Dengan ini Aku mengisytiharkan cuti2 holiday terpaksa dibekukan sampailah aku confirm dapat abiskan master ku. InsyaAllah doakan aku ya rakan2. Jangan coba ajak aku ke langkawi jepun atau pon singapore. Jangan coba goda aku dengan pakej2 menarik. Izinkan aku berjaya dahulu. Kemudian kita boleh bincang lagi.

Sekian.

Friday, September 30, 2011

Satu hari menjadi emak

Jarang aku balik rumah hari khamis. Semalam aku balik awal. risau dengan kesihatan mak. Mak tidak dibenarkan bergerak pon oleh doctor. Jari kakinya patah dan penyakit diabetisnya merisaukan kami sekeluarga.

Pagi2 subuh aku bangun. aku turun menuju ke dapur. Nasi semalam masih ada. roti ada. sosej ada. Akhirnya nasi goreng kampung dan sosej roll menjadi hidangan di waktu pagi.

Sudah pukul 9 pagi. bibik sudah bersiap untuk ke klinik for medical checkup. So, tugas kedua aku. menjadi nanny. Tak susah nak jaga. tapi tak larat melayan bila budak kecik ni hyper active dan tak mahu tidur.. sabar jela. Bila aku cuba tidurkan baby faiz, aku pula yg mengantuk. haish.. akhirnya mak aku yang mengambil alih tugas itu.

Baby sudah tidur. emakku ingin berehat. Aku kembali bertugas. kini anak buah sudah pandai bangun merangkak dan memanjat. sangat bahaya jika tak dipantau ketika dia tidur. sambil jaga sambil itu aku melayan youtube bersama adik bongsu aku.

Bila bibik sudah kembali. aku bersiap2 untuk ke supermarket. membeli barang dapur. banyak juga yg perlu dibeli. kebiasaaan nya inilah tugas emakku selepas habis sekolah. Sesudah sampai di JJ, aku mula merayau mencari ikan ayam dan daging sayur. tak lupa buah untuk emakku. duit yang diberi sudah pasti tidak cukup. confirm!. aku terpaksa menghadkan jumlah nilai barang yg ingin dibeli. Sebelum balik, aku singgah di kedai makan membeli lauk utk tenghari.

Balik rumah trus aku tidur.. zz

Sudah pukul 6.30 ptg. kelihatan emakku kurang sihat. demam. Aku turun ke dapur menyiapkan makanan untuk malam pula. Aku masakkan meehun sup untuk emak. Selepas itu baru ku masak lauk untuk ahli2 keluarga yg lain. Bibik sibuk menjaga baby. kembar ku pula tiada. Cincang2 barang ok siap!

meehun sup, kacang panjang + daging masak kicap, ayam goreng, plus lauk2 tghari tadi.

aku mula naik ke atas membawa makanan untuk emak. ku kutip sisa2 cawan dan pinggan di atas meja dan turun semula ke dapur. Selepas makan, aku pastikan emak mengambil ubat2 yg perlu. Dan seperti biasa, aku menemankan emak menonton drama melayu sambil berceloteh.

Sekarang sudah pukul 12.30mlm. Aku kagum dgn kembarku. Inilah tugasnya setiap hari. kalau bukan semua, mungkin sebahagian daripadanya. Banyak pahala. ok. sekarang aku jeles. huhu

Thursday, September 8, 2011

Travelog

Bulan puasa haritu aku ingin pulang ke Perak menaiki tren. Teringin pula membuat projek iaitu...

Travelog mengejar tren menggunakan Twitter.

Masa menunjukkan pukul 4.30 petang. Masa yang terbaik untuk mengejar tren. Selepas salam-hantuk-kepala dengan kembar sebab dua2 nak salam cium tangan, aku terus mengapdet gerak geri aku.

Misi megejar tren. We have less an hour. Fast2 via Twitter
Tren di BTS ada tiga. komuter, STAR Lrt dan ERL. aku perlu cepat membuat keputusan. sambil itu tangan mengapdet twitter.

Fast lane erl or slow but cheap lane komuter? via Twitter
Aku membuat keputusan untuk menggunakan erl. ye. itu lebih baik. i never trust komuter anymore. huhu. Lpas naik turun tangga akhirnya smpai di stesen erl. Mak aih.. queue panjang gila. No Touch n GO? what.? tengok jam lagi 9 minit. haih. ada 6 7 orang kat depan ni. apdet2.

lg 4 minit erl nk smpai. Q tiket pnjg sgt.. aaa.. via Twitter
Kalau aku terlepas tren ni, maka aku perlu menunggu 29 minit lagi utk next tren. ya.. itu tidak bagus. Angka di board menunjukkan 4 minit lagi. Akhirnya tiba juga giliran aku.

Lpas membeli tiket, ada lagi dua tangga naik turun yg perlu ditempuhi. hiyak22.. aku mula berlari.

Peluh sudah menitik . Dalam hati jangan la kena duduk disebelah lelaki kacak. apdet

Fuh. Sempat2. Hopefully xjumpa lelaki kacak dlm erl. da peluh2.. via Twitter
Elok2 sampai di platform announcement ketibaan tren diumumkan. nice! aku mula masuk cari tempat duduk. Tamo gatal2 dok sebelah laki. Tiba2 aku macam kenal gaya laki ini.seperti entry aku yang dulu. mamat baju hitam sperti traveler. hahah. apdet

Seb baik ada seat lain. kalu x terpaksa duduk mengadap lelaki-boleyla-tadela-kacak-sgt-pn... via Twitter
Hanya lebih kurang 5-10 minit aku dah sampai KL Sentral. At last I win. Tapi tak mencabar pulak kan. biasa sipi2 je timing. bahu dah penat.apdet jap..

Da sampai kl sentral. Awal 20min. Da beli kek.Ok. Now cr port. Beg berat. Urgh via Twitter

Pukul 5.30 ptg train ETS pon sampai. Aku dengan lenggang kangkung jalan cari seat. No more rushing meh? hehe. Dalam hati masih berangan nak dok tepi lelaki kacak kalau boleh. Baru intesting travelog ni. 

Tengok seat number dah betul, tapi kenapa ada laki cm rempit dok sni? 
"Ehem." aku pandang dia dengan pandangan tajam. 
"Nak dok tepi tingkap ke?". eh. gentleman plak laki muka ganas ni.
"Tape2. sy turun Batu Gajah." jawabku.
Aku dah xselesa. first time dok tepi laki malay ni. Nak buat apa ni. TV kat depan tak pasang pulak. Hurm.. aku nak usya laki sebelah ni tak salahkan. hehe~

Aku lihat dia sedang kusyuk membaca buku. Rempit Baca Buku?.. apdet..

Xleh tido dlm tren. Ada laki kat sebelah. Muka ganas ko bace buku ape tu? Novel? via Twitter

 Susah nak percaya kan. aku mula sibuk dengan phone aku. tiba2 ada ilham nak menaip. seb baik ada Diary apps dlm phone.
"Kak, saya nak tidur kejap. nanti akak kejut ye kalau dah nak berbuka."

Muka ganas tp pggil ak kakak? Tak rock la cani dek~  via Twitter

 I actually felt so relieved when he said that. Because i wasn't comfortable sitting next to him. While he's sleeping, I tried to get a sleep. But I'm too excited to write. The outside view wasn't really catching my eyes, so I tried to sneak peek his book. And I was shocked.

Dia baca buku sirah Perjuangan Nabi Muhammad saw rupanya. Tsk. Dun judge by its cover. Judge by what book he read. via Twitter

Astagfirullah. Menyesal plak anggap dia rempit sampah masyarakat tadi. Budak ni okay je.Teringin nak pinjam buku tu dari dia tapi sedap plak mamat ni tidur.

Lebih kurang pukul 7mlm aku terperasan dia sedang menelefon seseorang.

"Kejap lagi sampai la kot mak. Em kak, sekarang kat mana ye?"
"Erm, belom sampai Kampar lagi. lepas ni kot"

Dalam hati aku, anak mak. patutla behave sgt perangai dia. Waktu berbuka sudah hampir tiba. Sudah! Aku dahla xboleh puasa. Tiba2 teringat kek yg dibeli, terpaksa aku pura2 berbuka. Dia sudah siap2 dengan bihun goreng dan air kotak. Aku dan dia sama2 menurunkan meja lipat yg berada di seat hadapan dan berbuka bersama2. weird aku rasa. haha.  apdet..

Terpaksa pura2 bukak pose ngn dak muka ganas. via Twitter

Tiba2 dia mintak lalu untuk smoking aku rasa. Hurm.. Semasa ketiadaan dia, aku dengan lahapnya cuba menghabiskan kek itu tanpa menghiraukan orang sekeliling. Macam puasa je kan. haha. Tiba2 budak itu muncul semula.
"Em. jap2".. mulutku penuh dengan kek.
"Tape. makan lah dulu. Abiskan. Kalau xabis sy tanak masuk"..
"Err.. (pe kes?).. EH tape. tak nak abiskan pon." 
"Eh mane boleh camtu.. kang tercekik kang.. Tape. saya tunggu"

Amboi. manissnye ayat.

when he said he's 25 just like me and i was like what the heck panggil "kakak" tadi.pfft~ dan bermula la adegan mengorat mengayat.

. Meet the strangers and create another story together and say goodbye. End of story.

Wednesday, August 24, 2011

membebel

Sebelum menjadi tutor aka GA

A: belajar kat utp ke ?
B: aah. (smbil tunduk2 dan senyum tersipu2 malu)

Sekarang

A: belajar kat mana?
B: kat utp. akak ni sambung master (trus membahasakan diri akak). Dah tujuh taun da dik dok sana. 7 taun!.sigh~ umo tok sah tanye la. dah tua dah. Akhir taun ni patut abisla la. tapi xtaw la dek. Research ni payah bebenor. sigh... bla bla.. eh. umo adik ni bpe?
A: sy lahir tahun 86. muda lagi
B: (kecewa)....
A: akak cite la lagi..
B: (pang kasi pelempang)

makin tua makin banyak membebel. Fauziah sila jangan perasan tua dan sila jangan perasan semua orang adalah student.



Sunday, August 21, 2011

Kasut.. Ibarat Mencari Jodoh


Tiga hari aku mencari kasut. Aku rasa cari kasut ni macam cari jodoh la.

Hari Pertama
Aku sampai ke KL sentral. mula window shopping disana. Dalam hati ingin mencari kasut. Memang banyak yang ku cuba. Ada yang murah tetapi kurang lawa. Ada yang lawa tetapi kurang selesa. Ada yang selesa tetapi mahal harganya. Setelah mencuba beberapa kali, hati aku terpaut pada sepasang kasut berwarna cokolat. sungguh selesa, lembut dan melengkapi pakej2 yg aku cari. Tapi sayangnya harga agak mahal untuk kasut yang tiada jenama itu. Hati mula berbelah bagi. Sukar untuk melepaskan tapi akhirnya aku terpaksa berlalu pergi.
Dalam hati aku yakin jika ada rezeki lagi ahad ni aku akan membeli kasut itu.

Hari Kedua
Harini aku pergi ke Ampang Point. mata masih mencari kasut . Makin banyak kedai, makin banyak kasut yg ku cuba.. Tapi hati masih teringatkan kasut semalam. Dalam hati mintak2 la ada size lagi. mintak2 la tiada org yg membeli. Menyesal juga kenapa la berkira sangat dengan harga. Tidaklah mahal harga sangat sebenarnya.
Akhirnya aku balik dengan hati yang hampa lagi. Malam tu aku sudah tekad untuk singgah ke kedai semalam. Apa nak jadi, jadi la.

Hari Ketiga
Aku pergi ke JJ Cheras Selatan. Menemani kembar yg ingin mencari sandal. Aku mencuba2 kasut disana.. Sekadar mengisi masa yang ada. Tapi dalam hati aku sudah keriangan. Tidak sabar ingin ke KL sentral. Sebelum balik, kami singgah ke Watson. Tiba2 mata aku terpaut pada deretan kasut yang tersusun di hadapan kedai sebelah watson itu. Tangan aku pantas mencapai kasut hitam. Yes, this is exactly what I want. Harga pon lagi murah. And i bought that shoes on the spot.
I dont totally forget about the first shoes that i like. I still want to see that shoes. So I went to that shop. I found the exact shoes and i tried. Still warm and comfort. I put back the shoes at the rack and I smiled. I hope we meet again someday. and so, i walked away with my new black shoes with no regrets.

Masa semangat nak pakai kasut baru, mak pesan, pakai stokin.. sebab kasut baru selalu buat kaki melecet. Aku tak dengar cakap. excited la katakan. bila seharian pakai, kaki mula melecet. Rasa menyesal pon ada sbb beli kasut ni. tapi apakan daya. Tapi tiap2 hari aku pakai, lama2 da okay. da makin serasi orang kata.


What do you think? ada kaitan tak? :P

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan

Aku semakin kurang bercakap.
makin kurang bergurau.
Ada masa aku tidur.
Banyak masa aku mengadap Yang Esa.
Mengadap kitab yang diturunkan kepada umat
Memahami erti2 disebalik ayat2 suci.
Hanya Dia yang mampu memberi ketenangan dalam hatiku.
Hanya Dia yang bisa merawat luka di hati ini.
Hanya Dia.
Allah Yang Maha Mendengar.
Yang Maha Pengasih dan Penyayang

17 Ramadhan 1432


Tuesday, August 16, 2011

Hidup bujang

aku seperti sudah biasa hidup ala kadar. tak semewah orang lain. tak sesusah orang lain. janji ada rezeki untuk sesuap nasi. tapi bukan bermakna aku tak mampu ingin memberi.
Ingin sekali aku katakan , "wei, tape. aku belanja".. tapi rasa segan dengan mereka yang lebih mampu. apalah nilai duit rm5 aku berbanding rm50 mereka.
mereka senang2 membeli barang tanpa melihat kocek. aku pula otak giat mengira diskaun tolak tambah pros and cons akhirnya meletakkan barang kembali .. "tapelah. tengok2 je".
Gembira tak terkata bila ada duit 4angka dalam akaun. macam2 ingin dirancang. ingin dibeli. tapi akhirnya habis mengisi perut dan mengisi minyak dalam kereta.

Kelak. aku pasti merindui hidup begini.


Tuesday, July 12, 2011

Cerita Enset Lama

"Lainkali campak je enset tu kat lombong kalau tanak pkai!!" katanya dengan marah.

aku terdiam.

ada 11 miskol dan 3voicemail tertera dalam phone ku. aku cuba memeriksa volume phone itu.

"hmm.. sudah maximum", kata hati ini.
dimana silapnya aku pon kurang pasti.

"Sorry.." tulis ku dengan hati yang sedikit terluka.


.......................

aku masih di stesen ktm kuala lumpur. menunggu keretapi ETS tiba. Enset ku genggam erat.

Hati masih sakit. aku biarkan ia reda dengan sendiri. Sudah lali..

Aku tahu bukan salah dia. Dia risau akan ku. ikutkan hati ingin saja aku campakkan enset ku ke landasan keretapi. Biar hancur digilis. Seperti hatiku.. Namun aku tahu aku tak mampu membeli yang baru.

Aku usap2 phoneku. "Tape, sabar ye.." bisikku..


Tiba2 kedengaran lagu 'I Dont Love You-My Chemical Romance'..

Serba salah untuk ku jawab panggilan ni.

Dalam hati, "You can do it gee. GO!"

"Elo, kat mana ni?"
"tgh tunggu train kat ktm lama."..
"nape xcakap tadi? i saw u walking across the street just now."
"hehe. sorry.."
"Hmm..okay.."

Fuhhh.. xkena marah.yes! sorry Ayah! Janji tak buat lagi~ hehehe :D











Monday, July 11, 2011


Im not sure if this is another heartbroken. but yes. i feel sad.
Seeing him with other girl is killing my heart.
Im not sure why i feel sad. This is what I want right? or not..
I want him to be happy. So why seeing him happy is hurting me?

Im sure this is not a heartbroken. he's already broken my heart 4 years ago.
I am just sad. That's all.










Saturday, June 18, 2011

Macik Ikan Bakar

Minggu lepas aku pergi ke kedai makan macik foodcourt. Lepas balik dari sabah 17 mei aritu, da dekat sebulan jugak xsinggah makan dicni.. Elok2 sampai je, aku da rase lain macam. something is missing somewhere.. tengok kiri kanan.. rupanya macik tu tade harini. pelik bin ajaib! sepanjang aku makan kat sini sejak tahun lepas tak pernah macik ni amik cuti..

"eh, Macik mana?"
"Aku dengar die sakit.."
"eh, pacik bakar ikan pon tade ni. igtkan derang due g umrah.. hehe~"

pandai2 je aku buat andaian sendiri. tape. i bersangke baik taw.

Risau juga harga nanti lain. alhamdulillah. rasa pon same harga pon murah cam dulu jugak.


.............

semalam aku pergi lagi. dah lama xjumpa macik tu. rindu plak. tapi macik tu masih xdtg.

"lamanya gi umrah.."
"Eh Gee, macik tu xsihat la. sejak bile die g umrah ni?"
"haa? xsihat camne..?"..
"ntahlaa.."

lepas mengambil lauk pauk aku pon duduk mengadap tv. tibe2, akak tu datang utk mengira harga makanan..

"haa. korang ni customer tetap macik kan. jgn risau, akak kasi harga baik punyer~"
"mane macik? die sakit?"
"hmm..macik sakit angin ahmar. separuh badan da xleh gerak.. Dah sebulan dok hospital."
"haaa.?? abis tu pacik?"
"Pacik sehat je. cuma pacik pon tade kena jaga macik kat hospital.. "

tekejut bukan kepalang. ntah mana silapnya. macik tu baik orangnya. xberkira dengan pelanggan. jujur. xpernah nampak dia tak sihat.. mungkin ini ujian yg telah ditetapkan Allah untuk hamba2Nya.

Innalillahiwainnailaihirojiun.. 'Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali'


Tuesday, June 7, 2011

Lelaki idaman

Salam,

Saya selalu fikir nanti jodoh saya bagaimana orangnya. tinggi ke rendah ke? kulit putih ke gelap ke? huhu. hari ni terasa nak list plak ciri2 laki yang saya suke :).. mudah2 mudahan dapat sume ciri2 ni lagi bgus.

#1: kena la ada ilmu agama yang cukup. lekat pegi masjid. nnti senang dia nak guide kita
#2: hormat orang tua. hormat perempuan. hormat anak2 kecil. dan lain2.
#3: family background pon saya tgk. sebab saya pompuan nnti da kawen mostly akan ikut femili laki
#4: kerja kuat cari rezeki halal. bukannya tunggu rezeki jatuh dari langit. hehe. sy admire laki yang kerja kuat untuk famili dia :)
#5: yang paling penting sekali of cos la sayang saya lebih dari saya . hehe.

bagi 5 je sbb yg lain2 tu rahsia .. ecece..

tapi sebenarnye 5 ciri2 tu sume ciri2 ayah saya.

.ayah saya garang. susah nak senyum. seorang yang workaholic. selalu balik tengah malam. masa saya kecik saya ingat lagi saya selalu tunggu ayah balik kerja sampai tertidur depan tv. nanti ayah balik misti angkat saya masuk dalam bilik. kadang2 pura2 je tidur sebab nak ayah angkat. hehe..
.ayah saya selalu busy kerja. tapi alhamdulillah saya sempat khatam quran dengan ayah saya. saya belajar solat pon dari ayah saya. sejak kecil saya didedahkan dengan ilmu agama. ayah paling pantang anak2 dia keluar malam. mungkin kami tinggal di bandar sejak lahir. ayah mana yang tak risau.

and The most thing i love about my dad is the way he shows his love.

-masa saya dapat result spm, for the first time saya menangis, ayah datang tiba2 peluk saya. yes. i really need that.
-masa saya first heartbroken, dia sanggup datang, peluk saya. bawak saya jalan2. yes. i really need that.
-bila saya nampak sakit xsehat , ayah saya akan terus tanya.. wlaupon ayah saya selalu xbanyak bersuara di rumah.
-ada satu hari bila saya perlu balik perak tapi sangat penat kemas rumah lepas kenduri, ayah saya akan hantar saya straight sampai kl central. yes i really appreciate that.

and all the small things he ever did to me.walaupun kecil tapi saya terharu sangat. Sebab dialah laki pertama dalam hidup saya. Membesarkan saya, menjaga saya tanpa jemu. walaupun saya bukan anak yang baik dia tetap setia menemani saya sampai la saya kahwin nnti.

kalau boleh saya nak cari laki camni. . tapi minus la yang garang tu. hehehe.



Monday, May 2, 2011

kurang sihat

sudah 4 hari

Hidung berdarah lagi.

barangkali luka di dalam

bak kata pepatah

luka di luar boleh dilihat

luka di dalam siapalah yang tahu


semoga cepat sembuh!

Sunday, March 27, 2011

Berubah menjadi lebih baik


Weekend ni busan.

So aku dengan rajin nya tak buat apa2. Chillax dalam bilik je seperti polar bear ni.
.......................

Haritu jumpa kawan lama . Dia pandang ak dari atas ke bawah.

dia kata.
"cakap aritu nak berubah"..

aku tarik2 baju aku.alamak. singkat. kalau nak kasi alasan, byk gila aku boleh kasi.

"T-shirt ni serap peluh. eh, t-shirt ni pendek plak"
"T-shirt ni matching ngn tudung. malas nk gosok tudung lain"
"Baju ni tayah gosok, eheh"

Cakap mmg senang nak berubah. Tapi bila di uji sket. terus iman goyah.

Ya Allah, Ampunilah dosa kami. kuatkan iman kami. tetapkan iman kami. Sesungguhkan kami hamba2Mu yang lemah..









Thursday, March 24, 2011

Masa depan yg blur2


I met my friend. She's getting engaged and she's happy. That's how i realized love isn't just about painful, tears and heartbroken. It also brings hopes, happiness and lead you to so-called future.

and thats how i decide myself to have one and I mean it this time. So, before i get to meet him, i wanna come clean. So, I try to get rid of my so-called first love which will never have the ending. I stop waiting. I stop thinking. I stop hoping. That was the hardest part. Because even he has another girl , i still want him to be happy. I cant hate him. Maybe part of me, im not a hater. im a loving person. haha.

So, I'm done with that. Not so long, I get to know this one guy. We talked and he's a good person. I think I should learn how to like him. He doesn't know my true self yet so i try to behave so well in front of him. it doesn't work so well becoz when im acting. im a bored person. hahaha. so next!

I don't really care when and how i will meet him, because I believe Allah has everything well-planned for me, inshaAllah... What's more important for me is that i don't give up on my life and be the best person that i can be.


Im really grateful for every second in my life right now. Alhamdulillah..

So people.. Im happy now. Please dont push me into something that im not sure yet. That annoyed me sometimes. Not everyone as 'lucky' as you. get it! jaga tepi kain orang je reti. pfft~


(gamba yg tiada kaitan ngn tajuk)



Wednesday, March 9, 2011

My Boy

dear my boy,

i know you might not know me yet but i do know you. you are my first nephew.. another footballer in our so-called Alam Damai team. I am glad you are in good health right now. I was quite worried about you and your mommy. I know u are currently still in mommy's tummy but i am really excited to meet you boy! hehe.

If we meet in a future, please do not hate me. Okay, I lied that i hate kids i hate babies. I love them. and I love you. It just im really not good with it. so please bear with me. and smile to me okay. Coz it will make me relax whenever im holding you.

You know, aunty Gee has a present for you. It is a pyjamas for a new born baby!! there is a picture of ball on that and i hope you like it.It's my first time. so dont laugh if i have a bad taste. hehe. I love pink though. so its kinda hard to resist not to buy girls' stuff u know. but i still love you boy.. even you haven't born yet.

I love to hear stories bout you from your mommy. I hope i will have one someday. So, till then, you have to help me find a good husband. So please come out early. hehe.

I am excited plus nervous right now. promise me you gonna be a good boy okay. be good to your mommy. Be nice to your daddy.I will wait for you..

Regards,
Aunty G

Saturday, March 5, 2011




I LOVE KDRAMA


Chunyang


Sorry I Love you


My Name is Kim Sam Soon


Goong


Coffee Prince


My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox


You're Beautiful


Pasta


Cinderella's Sister


Personal Taste


Secret Garden




Wednesday, March 2, 2011

Gatal

satu hari, aku sedang duduk melepak bersama student aku di sebuah cafe


Student: Akak dah kahwin?

Tutor: Mesti la belum.

Student: Saya ada abang.

Tutor: Iye? hihihihih..

(suara excited tp terpaksa control pitching )..


Tutor: tanak la yang tua2 sangat.. (sambil menguis2 meja)

Student: Tape. Sayalah abang tuh! hahah

Tutor:..... (kecewa..)




Kesimpulan: Semakin miang seorang tutor itu, semakin menggatal lah studentnyaa. sekian. sila behave next time fauziah!

Saturday, February 19, 2011

Im not ready yet

setiap tahun pasti ada ujian/dugaan yang melanda.

2007: first heart broken.
bukak mate je nangis. so.. i spent most of my study week sleeping.sebab buku nota abis basah. huhu. pointer jatuh. and continuously jatuh sampai la final year. haha

2008:second heart broken. lol
tapi kali ni nangis dalam hati. lagi payah. huhu. pendam sume mende.tsk..

2009:third heart broken.erk?
kali ni ngan petronas. waaaa..lepas dapat berita tak recommended trus jumpa kakak kt tower 1 nangis2 kt ofis kakak.pastu sambung agi nangis dlm lift .. nangis2 je keje. haih!

2010:fourth heart broken.
personal. it really hurts when we see people that we love get hurt.. and because of this, i stranded in utp again. to find peace. hehe


so 2011.. im not sure im ready yet. to get the fifth heartbroken mayb.? and if i will get one, hopefully im ready for that. coz i believe. hanya Allah yg Maha Mengetahui. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. :)



Wednesday, February 9, 2011

Idolaku


Tahun ni aku ambil subject baru. mechanic of machine. So, first kelas start semalam. Nasib baik la kelas petang.

Pagi2 tu semangat nak ulangkaji. dah 4 tahun tinggal subject ni.Tiba2 ada orang telefon.


"Gee, boleh datang PG office. tolong akak. ada kerja nak mintak tolong, urgent. kejap je."

Aku yang baik hati ni terus pergi ke office. bukannya kejap. lama kot smpai tengahari. adeh. balik2 beli lunch terus tidur. zzzzzzzzz

bangun2 dah 2.30 pm. ada meeting dengan HOD department la plak. sampai2 bilik meeting dah start. semua PG student dah sampai termasuk lecturer. huhu.

"I want everybody to wear formal or smart casual outfit this Thursday. "bebel associate professor itu.

Aku pandang kiri kanan semua student pkai smart casual. aku plak pkai jeans koyak+cardigan+baju t-shirt. aku pon tutup baju dengan beg. huhu.

EH, KELAS!

Gara2 meeting tu aku lambat setengah jam. masuk2 kelas ada GA aka tutor lain yang mengajar. aku mula mencari spot untuk berdiri, tengok2 kertas soalan, alamak! lupa nak study.

tak mau orang tau aku GA, aku pon menyorok duduk di belakang kelas. aku menyapa budak sebelah.

"Kenal akak tak?"
"Kenal! akak ajar termo kan last sem.."

ok. penyamaran tak berjaya. student aku sem lepas rupanya. -_-!

aku mula mengerut dahi melihat skema jawapan yg baru diberi oleh lecturer tadi. APA ni? habisla...

"kamu lambat ya tadi?".. sapa GA indon itu.

perlahan2 aku mengangkat muka. aku baru perasan muka dia. jadi dia ni lah encik E.

Waaaah! my idol. mata aku mula bersinar2 seperti sailormoon.


sepanjang research, aku banyak gunakan thesis masternya untuk dijadikan rujukan. Ingin sekali ak berjumpa dengan nya. Bila ak mendapat tahu dia baru sahaja mendaftarkan diri untuk PhD pula, rasa gembira tak terkata. seronoknya....

"Eheh.. saya bukan student. saya sebenarnya GA. first time ambil subject ni. boleh tak saya duduk belajar je hari ni?.."

Student sebelah aku dah mula gelak2 kecil. adeh... malunya..

Dia tersenyum. boleh katanya.. wah! baiknya dia. hehehe.

balik bilik aku mula senyum. semangat membara pon ada.

Aku nak grad master cam dia
Aku nak tulis thesis cam dia
Aku nak mengajar cam dia
Aku nak semangat cam dia juga..

fighting fauziah~

Friday, January 28, 2011

Invisible no more..


In school, i was a shy student. I don't really talk to people i guess. And since then, I enjoyed being an invisible. So that i can watch them without getting noticed. I love to see people smile. I hate it when they cry. hehe.

So one day,

I met this guy. I've known him for 5 years . I'd never get a chance to talk to him. So here is the story.. when an invisible is no longer invisible.. haha

---------------------------------------------------------

Suatu hari yang tenang,

Tibe2 aku ternampak sorang budak utp. ak jarang hangout dengan dak utp after grad, so bila dapat jumpe sorang ni rase excited pon ada. hehe.

Tapi dia ni lain sket. Dulu ktorang ada bagi nama. tu pon gara2 dia jatuhkan pensel dalam lecture. so kawan aku kasi nama dia 'pensel'. sampai abis grad nama tu still lekat.. huhu ^^

aku pon tersenyum sendiri. rindunya nak jadi student balik..

Aku tengok dak ni dari jauh je. Mungkin dia tak kenal aku. tapi dalam lecture..

"Gee, aku nampak pensel.. jom dok belakang dia"
"haha. jom2.."

..........

"Gee, arini pensel pakai pensel baru la"
"Hahahaha.. "


gelak sakan ktorang. dengan confident nye dia tak perasan ktorg tgh kutuk belakang dia. hehe

Ari pon nak hujan..
Dan hujan pon makin lebat.. mata ku memandang langit.. aku mula mengorak langkah ke kereta.

Tiba2. terasa ada aura kuat dari belakang. seperti ada orang yang mengekori. Aku percepatkan langkah. Instinct aku kuat mengatakan si pensel tu ada berada dibelakang. Aku pura2 tengok jam. pura2 tak perasan. Hujan di depan mata. Bagaimana nak lari ni..?

"GEE!"

OMG. That's my name.. dem. dia kenal aku. langkahku pon terhenti. aku surrender. im no longer invisible..

aku pandang muka dia. dia berdiri tegak di sebelahku. akan tetapi.. mataku terbayang sesuatu..

Hi, Nama saya pensel.

Ok. sila tampar diri sendiri sebanyak 10 kali. pang!!!

Kembali pada reality..

Kami mula berborak. Sepatah die bertanya, tapi sampai ke laut aku melalut.
When i get nervous, i usually talk a lot! For the record, aku terasa mulut aku bergerak sendiri.. Hebak!

10 minit berlalu.. aku masih lagi ke laut. i mean. i was still talking.. and i have no idea what am i doing..

"Gee, tanak balik lagi?"

balik? hujan rupanya sudah berhenti. tiba2 aku malu.
dah la tadi ak pura2 tgk jam. pastu larikan diri. sekarang ni pergi melalut xtentu hala..

Aaaaaaaaaaaaa~~

Ingin sahaja aku lari dalam hujan sambil menjerit... Please2. bawala daku pergi..

"jom. kereta parking kat mana?" (gambar diatas hanya hiasan semata)

Dan kami pon melangkah merentasi hujan yang renyai2. sayup2.. aku terdengar background lagu korea di telinga ku..

Aish. This is why i should stop watching korean!..
















Friday, January 21, 2011

Last Words ..

We met for seven years,

How did we meet each other,

at such young age,

I don't even remember how,

However now we have separated,

With the memories we built together, now gone

They said saying goodbyes are painful,

But I didn't feel that way,

My mind was seeing different way,

We just separated and still there is hope,


At first friends then next as lovers

We said we’d stay as friends even if we separated

During those 3 years spent alone

We contacted each other sometimes

Even if I met someone else again

Even I loved again

Whenever I was sad I would think of you just tears falling


I thought back then, we had the most pure love

But now I know I can't ask anything from you

"I'm getting married" is what you said to me

After that for a long time I was speechless

Then I cried they were your last words to me

Eventhough the only words I wanted to hear was that you loved me


*Edited from Super Junior Kyuhyun lyrics



Wednesday, January 19, 2011

Cuba Teka



Arini aku jumpa sv kesayangan. azam tahun baru nak jadi student yang baik dan dengar cakaplah katakan. so kerja tak siap pon aku datang juga. muka kena confident. itu yang paling penting.

Akan tetapi, terkejut juga, kerja tak siap pon dia tak marah. azam baru dia juga la kot. hehehe.. dan lepas dia tak marah bermulalah nasihat panjang lebar untuk aku pada tahun ini. aku tengok rak buku. aku tengok papan putih,tapi telinga masih mendengar.. ibarat ayah memberi nasihat pada anaknya..

"yah, kalau ada kawan2 laki yang dah berkenan tu bawalah ke rumah. ayah nak kenal.."
-"kalau tak berkenan camne ?"
" APE? ape yang kurang nya tu.. jangan memilih.. nanti jadi andartu nak?"
-"ha ha ha ha. ok bai."
tup2. tiba sv aku bertanya..
"awak kenal tak si S*?"
-errr sapa tuu?
"ala. dia under Dr P. buat polymer. dah nak habis dah master. tinggal writing je."
-iye?? (sapa si S plak nih..)
"saya nak awak fokus. habis cepat. macam si S tu. jangan malukan saya.."
-ye baik.. (sapa si S nih??)
sv aku bergosip pasal sape plak ni.. sabo jela den.

Lepas abis syarahan selama sejam aku pon keluar dari ofis dan menuju ke lift.



"alamak, En. A! "

terus aku patah balik dan menuruni tangga. malas nak beramah mesra. not in a mood lepas sejam mendengar lecture. So, aku pon tunggu la lift di tngkat 2. Tiba2 nampak sorang lagi mamat lain plak. dia senyap aku pon senyap..

Ting!

Lift dah sampai. aku masuk dia pon masuk.. aku dok depan pintu. mamat tu plak dok belakang sket. dalam hati aku dah meronta2. mulut pula berat nak bertanya.. argh!.

Aku mula menoleh ke belakang..

-name ko sape?
"S"

HA?



Biar btol dia ni S? kebetulan kah ni? adeh..

sebab ko la aku kena bersyarah lama sangat td. nape harini ak satu lift ngn S ? nape???

-
Ooo.ko ke S? baru borak2 pasal ko ngn sv tadi.. heheh.. nak habis dah ye. bagusnyaa..." (ade unsur pura2 dictu..)

p/s: Pandai tak aku teka orang? -_-!










Friday, January 14, 2011

Sakit Perut Lah!

Suatu hari yang tenang. tiba2 perut sudah mula start cramp.

Mayday!Mayday!

abis bersepah sume laci mencari minyak mestika. tadela pulak. apakan daya. sebelum sakit teruk, sweater dan kunci kerete dicapai trus menuju ke kedai mamak.

kedai lengang pada masa itu. mata mula mencari ubat mestika. argh!! tak jumpe. mane2.. mate da pening. kaler merah,hijau.cokolat sume ade. mana satu neh!!

pasrah..

ak mula menuju ke kaunter. mata masih mencari. kot2 ada kat kaunter ni.

"cari ape ni?'... tibe2 anney tu bertanya.
"nak cari minyak panas"... smbil wat muke dan nada yang kesian..
"suma ada kat situ.carila ", anney tu membalas.
" nak yang minyak panas... xtaw mane satu. kaler merah panas tak...?", muke kesianku masih lagi maintain..
"merah byk panas punya. sakit apa ni?.." tanya anney.
"kompem ke merah panas? sakit perut..uhuhuhukk..".. buat gaya manja plak.
"kejap..." tibe2 anney tu memanggil bosnya sambil berbahasa tamil. haiyak. tak paham..

................

Daripada mendengar perbualan tu, better aku cepat2 beredar amik minyak urut tu. hehe

" Nak bayar!!" .. smbil aku hulurkan duet RM6.

Anney tu seperti muka kerisauan.

"btol ka nak minyak panas. ini banyak panas. nanti pedih perut. jangan~"..

aiya.perut dah sakit menggila anney boleh nak buat drama plak..

"btol. nak yang ni. tape. dah biasa. boleh tahan. TAKPE!!".. aku pon menjerit xtentu pasal seperti sudah menjiwai watak drama tersebut.
"nah. amik ni sekali".. kata anney sambil menghulurkan pil chikiteun.

sakit segugut makan ni bagus ke -_-"... ades~~~

"mamak.tanak makan ni! nak minyak panas je. sakit perut. sakit kaki. sume sakit!!!"..
jeritku smbil muka menahan nangis. tangan pula ligat pulak bergerak2 sambil pegang perut.pegang kaki.. -_-". adeh. drama abis.


mamak tu tersenyum.. (^_^)

"buat apa sampai sakit ini macam?"..

Argh!! seperti nak berguling je kat lantai.. aku cakap sakit pompuan anney ni paham ke..

....................

di hostel

minyak tu tade la panas pon. tapi kawan aku cakap.

"perut ko banyak lemak. mmg la tak rase panas. tebal kot. ish2.. "..

-_-!

no comment.





Monday, January 10, 2011

Tahun Lepas


Believe it or not, dah 10 kali taip utk new post tapi end up jd draft je. haha. hope it is not to late to say hello 2011 byebye 2010. Cuba scroll, ni semua gambar tahun lepas.

UTM SKUDAI
Ni la tempat kelas kitorang kat Danga Bay


First time duduk dekat gila ngan singa. siap tolong angkat singa ni pindah kandang kot. cuak2..
First time main futsal terus jadi goalkeeper tuu!! hahaha. 2nd time main baru okay sket.

First time karok. mula2 nervous lepas tu tanak lepas dah mic tu. hahah.silap besar ajak ak. muahaha

Last moment kat UTM. Ni kat balai cerap. tempat paling tinggi boleh tengok seluruh UTM. nice~

ZAMAN MASTER

First time outing bersama geng master. tak kenal sangat derang ni.follow je. hehe.
Geng Master mase 2nd Sem. Jalan2 gi Langkawii. wuhuhuu
Hanya aku dan awan

First time gi Seoul Garden kat Penang. yeah!

First time gi Shabu-shabu kat Seri Manjung. Gila kenyang
First time hot balloon kat UTP

GENG MOSQUITO CATCHERS!!

Disebabkan aku berjauhan dengan geng UTP yg lama. Tup2 je boleh reunion ngan geng sekolah. geng MosQUito Catcherz!
Kat Bagan Lalang. First time datang cni. Gile hape picnic tengahari buta. haha. SUNBURN.
Buka Puasa Berlima. First time dapat kumpul sama2. sangat happy.

First wedding classmate kelas AWAM 2. makin lama makin ramai jumpe dak sekolah. heheh ^^



last but not least. geng 5 tahun kat UTP. Thanks datang Perak bawak saya gi Lumut. hehehe.


Dengan Bismillahirrahmanirrahim.. saya mulakan Semester Baru Tahun Baru. Semoga Hidup Menjadi Lebih Baik. :)